Kita mungkin tidak disajikan dengan info rasmi daripada Sony tentang apakah teknologi baharu yang akan dibawakan ke konsol generasi akan datang, tetapi nampaknya semakin hari semakin banyak paten yang ditemui.
Melalui paten terbaharu yang ditemui di World Intellectual Property Organization, controller PS5, DualShock 5 mungkin akan membenarkan keupayaan untuk dicas secara wayarles melalui satu adaptor yang boleh dipasang/dicabut semasa sedang bermain.
Paten ini telahpun didaftarkan Sony pada tahun lalu, dan deskripsi rasmi yang dinyatakan untuk adaptor ini di laman web itu adalah seperti (tanpa terjemahan):
A wireless charging adapter that can snap onto a computer game controller can be inductively coupled to a charging base to wirelessly recharge a battery in the controller. The adapter also can include keys that mirror keys on the controller so that a gamer can remove the adapter with controller from the charging base, keep the adapter on the controller, and use both the controller keys and adapter keys to control a computer game.
Di bawah pula ialah beberapa gambar yang dilampirkan dalam paten ini:
Daripada apa yang digambarkan, apa yang kita fahami ialah satu aksesori ini akan boleh dipasang atau dicabut pada bila-bila masa, yang mana apabila dipasang, DualShock 5 akan boleh dicas tanpa perlu mencucukkan wayar seperti selalu, dalam erti kata lain, wayarles.
Banyak paten telah ditemui sebelum ini tentang apakah fungsi yang akan ditampilkan dalam DualShock 5. Antaranya ialah ia akan mempunyai aksesori beransingan yang dapat mengesan biometrik pemain seperti kadar denyutan jantung dan peluh.
Comments
Loading…