in ,

Controller PS5 Mungkin Akan Turut Boleh Dimainkan Di PS4, Menurut FAQ Dari Laman Rasmi PlayStayion

Nampaknya bukan sahaja controller PS4, DualShock 4 mungkin akan boleh dimainkan di PS5, malah juga sebaliknya.

Controller PS5, iaitu DualShock 5 kemungkinan besar akan turut boleh dimainkan di konsol generasi sebelumnya, iaitu PS4.

Laporan ini muncul di laman web rasmi PlayStation berbahasa Perancis, di bahagian FAQ. Beberapa soalan lazim mengenai PS4 dan PS4 Pro telah disediakan, yang mana di bahagian “Compatibilité DualShock”, ia menyertakan “DS4/DS5”.

“DS5” tersebut semestinya menandakan DualShock 5, panggilan controller yang didatangkan sekali bersama konsol PS5.

Mungkin kita akan mempertikaikan mengapa perlu menggunakan controller dari konsol generasi akan datang di konsol generasi sebelumnya, namun ia pastinya satu kelebihan yang boleh disambut. Apatah lagi, telah disahkan sebelum ini bahawa PS4 dan PS5 nanti akan boleh bermain online multiplayer bersama (cross-gen-play).

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Tiada tarikh pelancaran setakat ini.

Terima kasih, IGN.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Zero Dawn Dilaporkan Akan Dilancarkan Ke PC Pada Tahun Ini

Info Baru Filem Animasi Mortal Kombat Didedahkan, Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini

Info Baru Filem Animasi Mortal Kombat Didedahkan, Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini