in ,

Controller PS5, DualSense Mampu Beri Pemain Rasa Sentuhan Titisan Hujan, Cuaca Dalam Game

Pada ketika ini, fungsi paling banyak kita ketahui tentang PlayStation 5 mungkin adalah apa yang mampu dilakukan oleh controller-nya, iaitu DualSense.

Fungsi DualSense paling menarik yang sudah didedahkan sebelum ini ialah tentang maklumbalas haptik (haptic feedback). Teknologi ini akan menggantikan teknologi rumble yang digunakan dalam controller sebelum ini.

Melalui haptik, pemain akan menerima maklumbalas yang lebih luas — maklumbalas yang diberikan oleh controller antara melanggar dinding semasa memandu dalam game perlumbaan kereta dengan membuat bentesan dalam game bola sepak tidak akan terasa sama. Malah, pemain akan merasa perbezaan semasa berlari di padang berumput atau yang berlumpur.

Terbaharu, satu lagi maklumbalas yang dikatakan mampu diberikan melalui teknologi haptik ini telah didedahkan. Ianya didedahkan oleh Mike Bithell (pembangun Thomas Was Alone) dalam satu temubual di Youtube channel Alanah Pearce (via EggPlante).

Bithell menyatakan bahawa beliau telah melihat beberapa demonstrasi DualSense terhadap maklumbalas haptik yang secara spesifiknya berkait dengan titisan hujan. DualSense dikatakan akan memberikan pemain merasa sentuhan berbeza apabila ianya sedang hujan dalam game, atau mungkin juga memberikan rasa unik terhadap efek-efek persekitaran lain seperti cuaca berlainan.

Bithell tidak boleh menjelaskan lebih lanjut tentang fungsi ini kerana mereka masih belum dibenarkan untuk mendedahkan secara umum, namun apa yang pasti ialah banyak pembangun sudah mula mencuba dan menggunakan fungsi haptik DualSense ini.

“Saya pasti kamu akan menyukai apa yang mereka lakukan dengan controller di PS5… benda-benda yang ada dalam DualSense, ” katanya.

Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Sejujurnya, penulis masih lagi belum dapat membayangkan bagaimana rasanya sentuhan berbeza terhadap maklumbalas haptik ini. Bagaimana sebuah controller yang kecil itu mampu memberikan getaran sentuhan berbeza antara titisan hujan, berjalan di dalam lumpur atau membuat bentesan keras dalam padang bola sepak.

Korang boleh bayangkan?

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Apex Legends: Apa Yang Bakal Tiba & Dibaiki Dalam Kemaskini Akan Datang

Respawn Entertainment Buka Studio Baru Khas Didedikasikan Untuk Apex Legends

Sony Umumkan Bundle The Last of Us Part II - Controller Dan Headset Dengan Tatu Ellie

Sony Umumkan Bundle The Last of Us Part II – Controller Dan Headset Dengan Tatu Ellie