in , , ,

Controller PS5, DualSense Boleh Digunakan Di Switch, PS3, Tapi Tidak Di PS4

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan tentang controller PS5, DualSense telah dicuba untuk dimainkan di beberapa peranti seperti PS4, Xbox Series X, PC, dan Android.

Kita telah mengetahui bahawa DualSense tidak akan berfungsi di PS4, namun mikrofon yang terbina di DualSense boleh digunakan. Malah, apabila melihat senarai peranti di Settings, sistem PS4 mengesan DualSense sebagai ‘Wireless Controller”, namun tidak dapat digunakan.

Terbaharu, dalam satu lagi percubaan di channel Youtube MidnightMan, beliau telah mencuba pula DualSense di PS3. Dan jangan terkejut kerana controller ini boleh digunakan terus tanpa sebarang isu. Beliau telah mencucukkan DualSense menggunakan kabel USB dan terus berfungsi.

Korang boleh saksikan buktinya dalam video di bawah pada minit 6:25.

Kemudian, dalam satu percubaan berasingan pula, @BrokenGamezHDR_ telah memuatnaik satu video di Twitter, memaparkan beliau mencuba DualSense di Nintendo Switch. Ia boleh digunakan, walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan menggunakan adapter 8bitdo.

Dalam video di bawah, korang boleh saksikan bagaimana beliau mencuba DualSense di Switch dengan bermain Mario Kart serta bergerak-gerak di menu utama.

Apa yang menjadi buah mulut para peminat PlayStation sekarang ialah bagaimana anehnya DualSense boleh digunakan di PS3 tanpa sebarang masalah dan di Switch (dengan adapter), tetapi tidak boleh gunakannya di PS4.

Satu alasan yang masuk akal di sini tentunya Sony ingin meningkatkan jualan PS5. Mereka tidak mahu para pemain hanya membeli DualSense dan mainkannya di PS4, sebaliknya, satu-satu cara untuk memainkan DualSense dengan game-game terkini ialah dengan membeli PS5.

Kami pasti sekiranya para peminat mula mengecam tindakan Sony, dan mereka bertukar fikiran untuk membenarkan penggunaan DualSense di PS4, ia tentu memerlukan hanya melancarkan satu kemaskini ringkas ke dalam sistem PS4.

PS5: Butang 'X' Akan Menjadi Butang 'Confirm' Di Seluruh Dunia

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem Tentang Pasukan Esports Wanita Sedang Dalam Pembikinan, Dibintangi Ellen Page

Gamer Berusia 65 Tahun Ini Telah Habiskan Red Dead Redemption 2 Lebih 30 Kali