Controller yang bakal hadir bersama PlayStation 5, DualSense telah disahkan akan mempunyai kemaskini software yang perlu dimuat-turun.
Ciri ini disahkan oleh Sony di laman web rasmi PlayStation 5. Laman tersebut telah dikemaskini dengan info lanjut tentang beberapa aksesori PS5, antaranya DualSense. Salah satu deskripsi yang dinyatakan ialah “sentiasa kemaskini sistem software PS5 dan software peranti controller wayarles kamu kepada versi terkini.”
Selain DualSense, laman ini juga turut mendedahkan aksesori lain iaitu Pulse 3D Wireless Headset, Media Remote, dan HD Camera. Di situ, korang akan disajikan dengan video reka bentuk setiap aksesori secara 360 darjah.
Ciri ini sememangnya adalah ‘wajib’ untuk DualSense memandangkan pesaingnya, Microsoft dan Nintendo melalui controller Xbox One dan Switch joy-con sudah lama menampilkan sistem software.
PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun 2020, namun masih belum ada harga dan tarikh tepat pelancaran.
Comments
Loading…