Sebuah controller jenis baharu untuk PlayStation 5 dilaporkan akan didedahkan oleh Sony tidak lama lagi.
Laporan ini hadir dari wartawan tersohor Tom Henderson di Try Hard Guides. Controller yang dikatakan menggunakan nama kod “Hunt” ini dikhabarkan akan memfokuskan kepada ciri-ciri yang lebih “profesional”.
Antara ciri yang dilaporkan ada dalam controller “Pro” ini adalah analog stick yang boleh dicabut, trigger stops dan butang-butang bawah-belakang.
Dengan adanya analog stick yang boleh dicabut, pemain boleh menukar stick tersebut sekiranya mengalami analog drift, satu isu yang Sony masih tidak dapat selesaikan dalam controller mereka sejak zaman berzaman. Analog drift ialah apabila analog stick tetap bergerak walaupun tiada sebarang sentuhan daripada pemain.
Trigger stops pula ialah satu modifikasi controller di mana ia mengurangkan trigger latency dengan membuang jarak perjalanan yang diperlukan untuk melepasi titik pengaktifan trigger tersebut.
Butang-butang tambahan di bahagian bawah-belakang controller yang sering kita lihat dalam controller jenama SCUF dan NACON juga dilaporkan akan ditambah ke dalam controller baharu PS5 ini.
Selain itu, ada juga grip (mungkin getah?) untuk memudahkan para pemain memegang controller tersebut. Ia juga dikatakan boleh dicabut sekiranya tidak mahu menggunakannya.
Melalui banyak ciri baharu, controller baharu itu juga dikhabarkan akan menerima kemaskini software yang signifikan.
Menurut Henderson lagi, daripada gambar prototaip yang beliau lihat, controller tersebut masih kelihatan agak sama dengan controller DualSense sekarang, namun ada sedikit perbezaan.
Sumber yang diterima Henderson mengatakan controller ini akan didedahkan “tidak lama lagi”.
Comments
Loading…