Pada ketika ini, Sony Interactive Entertainment masih lagi belum mendedahkan butiran tentang PlayStation 5 secara penuh. Harga dan tarikh pelancaran konsol ini menjadi tanda tanya yang paling dinantikan peminat.
PS5 akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, namun tarikh tepatnya masih belum diumumkan. Persoalan yang timbul ialah bilakah konsol generasi akan datang itu bakal masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi? Apakah serentak dengan pasaran global?
Satu butiran terbaharu yang ditemui ini mungkin memberikan kita sedikit gambaran bahawa PS5 sudah bersedia untuk dilancarkan ke pasaran tempatan. NextRift telah menemui butiran tentang controller PS5, DualSense di laman web SIRIM — sekaligus menandakan yang pihak berkuasa sedang (atau mungkin telah) menguji dan menyemak standard yang ada untuk DualSense.

Laman web SIRIM ini tidaklah menyatakan secara jelas yang controller tersebut adalah DualSense, namun menurut NextRift ia menggunakan nombor model (CFI-ZCT1G) yang sama dengan satu laman web dari Korea, Ruliweb.
Apa ciri-ciri dan fungsi-fungsi baharu yang akan ditampilkan ke dalam DualSense? Korang boleh bacanya di sini.
Sama seperti pelancaran PS4, pastinya kita boleh menjangkakan yang PS5 akan dilancarkan ke pasaran Malaysia serentak dengan pasaran global. Sama-samalah kita nantikan pengumuman tarikh pelancaran PS5 ini.
Comments
Loading…