Menu
in ,

Control Kini Percuma Di Epic Games Store, Tawaran Sehingga Tengah Malam Ini

Bersempena musim perayaan Krismas, Epic Games sedang menjalankan kempen satu game percuma di Epic Games Store setiap hari selama 15 hari.

Untuk game ke-11, Epic telah memberikan Control.

Game action-adventure yang dibangunkan Remedy Entertainment itu boleh diambil secara percuma dari sekarang sehingga 12 tengah malam ini (waktu Malaysia). Apabila berjaya dimasukkan ke dalam Library, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkan Control di Epic Games Store.

Kepada yang membuka game tersebut dan terlihat ia sudah pun dimiliki, jangan terkejut. Mungkin korang terlupa yang game ini sebenarnya telah diberikan percuma di platform tersebut pada Jun lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version