Game percuma di Epic Games Store untuk minggu ini telah diumumkan iaitu Control yang dibangunkan Remedy Entertainment.
Game yang telah memenangi banyak anugerah itu boleh diambil dari sekarang hingga 17 Jun. Boleh dapatkannya di pautan ini.
Selepas tawaran percuma Control ini tamat, ia akan diganti dengan Hell Is Other Demons dan Overcooked 2 pada minggu hadapan.
Seperti yang tertera di laman game percuma Epic Games Store itu, Genshin Impact juga ada dalam senarai game percuma minggu ini.
Genshin Impact sebenarnya telah dilancarkan ke Epic Games Store pada hari ini. Dari sekarang hingga minggu depan, korang boleh tebus kod “GenshinEpic” dan “GenshinGalaxy” di pautan ini.
Kod promo ini boleh ditebus oleh semua pemain di semua platform Genshin Impact, bukan untuk pemain Epic Games Store sahaja.
Comments
Loading…