Contra: Rogue Corps merupakan game top-down shooter akan datang daripada Konami. Ia akan membawakan mode single-player campaign serta co-op (offline dan online).

Terkini, Konami telah mengumumkan dua edisi untuk sesiapa yang ingin melakukan pre-order bagi game ini. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, dua edisi ini ialah Standard Bundle dan Season Pass Bundle.

Untuk Standard Bundle (USD33.99), para pemain akan mendapat:

  • Game penuh CONTRA: ROGUE CORPS
  • Dua tshirt (dalam game) yang boleh dipakaikan kepada Hungry Beast
  • Untuk PS4, akan mendapat Theme yang menampilkan artwork oleh pelukis legenda, Tom DuBois.

Untuk Season Pass Bundle (USD39.99) pula, para pemain akan mendapat semua yang ada dalam Standard Bundle, ditambah dengan akses penuh kepada beberapa kandungan tambahan (DLC) secara bulanan selama empat bulan pertama selepas pelancaran.

Contra: Rogue Corps akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch pada 24 September 2019.

JomKomen!