in , , , ,

Companion App Untuk Red Dead Redemption 2 Ada Klu Yang Game Ini Akan Dilancarkan Ke Platform PC

Game pertama Red Dead Redemption hanya dikeluarkan untuk konsol. Game keduanya, Red Dead Redemption 2 yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu, setakat ini, juga hanya dapat dimainkan di konsol generasi masakini, iaitu PS4 dan Xbox One.

Khabar angin tentang game ini akan dikeluarkan ke platform PC sudah berlegar sejak sekian lama, dan terbaru, ada satu lagi klu yang membawa ke arahnya.

Fail yang ditemui dalam Companion App untuk Red Dead Redemption 2 menunjukkan yang game tersebut sedang bersedia untuk dilancarkan ke PC. Ia mempunyai beberapa rujukan untuk PC, seperti opsyen grafik dan resolusi.

Menurut laporan Rockstar Intel, antara kod yang dijumpai yang menjurus kepada klu untuk pelancaran ke PC ialah:

  • PARAM_companionAutoConnectIpPC
  • PARAM_Oculus
  • CommandIsPcVersion(void) 000000000166A12C

Selain itu, fail tersebut juga mempunyai rujukan kepada beberapa opsyen grafik seperti temporal anti-aliasing, resolution of water reflections, shadow quality dan particle quality.

Lebih menarik, terdapat juga fail yang diberi nama “Oculus”. Adakah Red Dead Redemption 2 di PC akan menawarkan pengalaman bermain dalam virtual reality (VR)?

Bagi korang yang tak tahu, Companion App ini adalah aplikasi yang boleh dimuat-turun melalui iOS dan Android yang membantu para pemain dalam Red Dead Redemption 2 semasa bermain di konsol. Pemain boleh membuka map, meletakkan waypoint dan macam-macam lagi melalui aplikasi ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Dilaporkan Sedang Menyiapkan Prototaip Controller Bagi Telefon Pintar & Tablet

Tetris Effect Akan Membawakan Demo Percuma Dalam Masa Terhad Menjelang Pelancarannya Di PS4