Menu
in , ,

Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur 2016: Raikan Minat Dan Obsesi Koleksi Mainan!

Baru-baru ini, JomGaming telah dijemput ke Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur 2016 untuk menemuramah saudara Mufizal Mokhtar, Art Director di Ubisoft Singapore!

Semasa zaman persekolahan, saya seronok bermain set Polly Pocket Pony Club. Dengan dua patung kecil, tempat ruang kediaman doll house, dan satu taman kebun mini ianya cukup kecil untuk dimainkan di mana sahaja!

Gambar hadiah hari jadi umur 9 tahun <3

Masa berlalu dan minat saya berubah dari mainan anak patung ke buku-buku cerita fantasi dan akhirnya menjadi seorang gamer. Tapi Polly Pocket itulah mainan yang paling saya ingati kerana ia menggalakkan imaginasi walaupun hanya cukup muat di atas tapak tangan.

Apabila Mrotskrad Hairi, rakan kepada Wan Kedah, pengasas pameran tersebut, mengajak saya ke Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur 2016, naluri mainan saya teraktif. Pameran CTFKL Tahun 2016, atau CTFKL3, adalah gabungan kerjasama oleh beberapa kumpulan perniagaan kecil atau sederhana yang khas menjual beli koleksi barangan mainan. Tambahan lagi apabila Hairi berkata,“Kami ada special guest, Art Director Ubisoft Singapore. Kalau JomGaming nak interview…”

Nampak ok tak? Saya jarang pakai make-up.

Hari acara tersebut adalah Sabtu yang panas sekali. Walaupun bekerja di KL, saya tak pernah mengembara melepasi stesen LRT Damai, jadi keraguan saya lega sedikit bila nampak ada beberapa tanda arah ke Dewan Keramat Mall.

Jangan sesat ya!

Pameran itu bermula dari pukul 10 pagi, tapi mengikut laman Facebook, satu barisan panjang pengunjung sudah bermula dua jam sebelum pintu dibuka! Tidak syak lagi semua peminat mainan ingin turut serta dalam acara sehari sahaja ini.

Suasana dalam dewan itu memang, memang, MEMANG meriah sekali. Dalam fikiran, saya bayangkan pada akhir hari ini, mesti ada ketinggalan dompet, jam tangan, anak patung, anak sendiri (alamak!), atau kasut cosplay yang cantik. Mungkin ada saja golongan yang datang ber-cosplay sebagai Cinderella (owh, hampir terlupa, acara ini turut mengadakan pertandingan cosplay!), ye tak?

Hall B yang bersebelahan dengan pintu depan dah dipenuhi orang ramai.
Kalau tak jumpa lagi mainan yang nak beli, Hall C lagi hebat!
Jika saya jatuh pengsan lemas, inilah ID saya (lolz!).

Selepas pendaftaran, saya cuba mencari Badd, rakan editor JomGaming untuk berbincang sedikit sebelum sesi temuramah. Beliau sudah sampai lebih awal dan dapat berjumpa dengan tetamu khas CTFKL3, Mufizal Mokthar.

Mufizal Mokhtar, pelajar seniman seumur hidup.

Sementara menunggu waktu sesi temuramah, saya dan rakan jurugambar, Aie berpeluang untuk merantau, melawat kawasan pameran dan gerai-gerai.

Dengan lebih dari 200 kelab dan kedai barangan mainan, jangan sangka ini macam pasar borong! Pameran ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Tambahan lagi dengan bayaran masuk (derma amal) hanya RM1 bagi seorang dewasa. Dewan Keramat Mall telah dibahagi kepada beberapa bahagian; Hall A, B, C, dan D dan semuanya padat dengan orang ramai – tua, muda, penjual dan pembeli.

Semua pihak peniaga adalah dari golongan mereka yang mengumpul koleksi mainan secara serius. Diorang amat peka terhadap mana-mana produk yang unik, berjenama, dan bermutu tinggi. Contohnya jika mainan itu hand-crafted atau hasil keluaran terhad, maka lagi tinggi nilainya!

Poster senarai kumpulan urus niaga koleksi mainan.
Korang kumpul set Hot Wheels? Kalau booth yang ini tak ada kereta yang korang cari, ada dua atau tiga booth lagi!
Pilihlah mana-mana model jenama klasik seperti Bandai Co., Tamiya, atau Dragon Models Limited!
Siapa peminat Pokemon? Kebanyakan barang mainan ini hanya dapat dibeli di luar negara!
Waaaah, sangat kreatif! Barang kemas dan barang hiasan ini dibuat daripada Legos!
Oii, brader, jangan asyik nak semak-nyemak! Belilah satu please! Nanti habis jual, korang tertinggal, hahahaa!
Koleksi patung aksi Kamen Rider yang hangat! Berani tak nak tanya harga satu berapa?
Korang seronok tak?! Meja gerai ini telah bina satu diorama aksi hebat WWE!
Wow, ada juga replika pedang lightsaber Obi-Wan Kenobi! Memang peminat fanatik Star Wars!
Khas untuk yang rajin kumpul koleksi model-model ketenteraan! Info lengkap pun sedia ada!
Big boys toys! Set-up model tren mini ini sangat kompleks dan terperinci.
Eehhhh, ada jugak set untuk kanak-kanak! Jom mula ajar dari kecik!

Selain menjadi aktiviti pameran tahunan, jual beli barangan mainan – pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan! Antaranya adalah sesi amal bersama anak-anak yatim, cabutan bertuah, pertandingan cosplay, dan acara toy toss! Tak syak lagi, pihak penganjur memang bersemangat untuk menjayakan pameran CTFKL3 tahun ini! Syabas dan terima kasih kepada pasukan Wan Kedah!

Meja gerai ini pula ada tempat khas untuk yang bermain PS4! Pilihlah nak main Star Wars Battlefront atau Naruto Shippuden!
Acara toy toss lebih syok dengan orang yang tinggi dan tangan dia bergerak pantas! Dapat hadiah, jangan gaduh ya!
Ini dia geng Kamen Rider! Tunjukkanlah aksi cosplay yang paling bergaya!
Wow, ada sesi cabutan bertuah! Panggilan pertama! Panggilan kedua! Panggilan ketiiigaaa…
Untuk kanak-kanak (atau bayi!) yang sudi datang, pihak penganjur akan bagi mainan percuma! Beratur baik-baik ya!
Dan untuk mak dan ayah yang dah penat berjalan, relaks dulu, nanti sambung beli-belah!

Di antara semua aktiviti hebat CTFKL3 yang dijalankan, kitorang juga tak lupa misi utama JomGaming; peluang untuk sesi temuramah dengan Mufizal Mokhtar!

Kitorang dapat berborak dengan seorang artis berbakat dan gamer sejati.

Mufizal yang berasal dari Ampang, KL, mempunyai pengalaman sebagai seorang game artist selama 14 tahun. Beliau terlibat dalam pembikinan pelbagai game terkemuka termasuk siri Assassin’s Creed. Sebagai Art Director di Ubisoft Singapore, beliau bertanggungjawab untuk sebahagian besar dari rekabentuk konsep seni Assassin’s Creed Black Flag. Selain dari itu, beliau juga adalah seorang pakar pengukir tradisional dengan medium tanah liat.

Mufizal membuat satu demonstrasi ukiran! Beliau menghabiskan lebih dari 100 jam untuk menyiapkan sebuah ukiran!
Ukiran Akuma dari Street Fighter!

Sepanjang acara CTFKL3, saudara Mufizal telah membuat satu demo ukiran secara live! Beliau juga telah menampilkan hasil kerja peribadi beliau bersama H.M.O. Collectibles dengan membawa koleksi bertemakan watak komik terkenal dan watak fantasi mitos!

Hasil seni asli H.M.O. Collectibles! Setiap satu boleh dibeli untuk dijadikan koleksi berharga!
Civil War! Korang pilih mana? #TeamCap atau #TeamIronMan
Medusa adalah yang pertama dalam siri H.M.O. Beastly Beauties.
Mata Medusa yang memukau!

CTFKL3 membuktikan bahawa Malaysia mempunyai peminat yang rajin menjadikan hobi koleksi mainan sebagai satu pelaburan yang bernilai tinggi. Ramai dari golongan dewasa menyimpan nostalgia tersendiri terhadap sesuatu mainan tertentu.

Tak kira jika seorang itu peminat Star Wars atau Kamen Ride, gemar bercosplay Ultraman atau Naruto. Samada dari #TeamCaptainAmerica mahupun #TeamIronMan – apabila berjaya mendapatkan mainan keinginan, rasa suka dan kagum yang timbul dari hati semuanya memang tidak ternilai.

Terima kasih Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur 2016!

Adakah saya sudah terpengaruh untuk memulakan koleksi saya sendiri? Errr, ini nak tanya, siapa boleh bagi diskaun untuk satu watak Final Fantasy XV yang paling hensem dari Play Arts?

Ohh… Ignis…

Mata Ignis yang memukau!

Nantikan temuramah JomGaming bersama saudara Mufizal dalam artikel akan datang!

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Leave a Reply

Exit mobile version