in , ,

CoD: Infinite Warfare Boleh Dimainkan Percuma Selama 5 Hari Di PS4 Bermula Jumaat

Teringin untuk bertarung dalam francais Call of Duty di angkasa lepas? Inilah peluangnya!

Activision bakal memberikan anda peluang untuk mencuba Call of Duty: Infinite Warfare secara percuma selama 5 hari di PlayStation 4.

Sesi percubaan percuma ini akan bermula pada 16 Disember 2016, Jumaat, 2 pagi (waktu Malaysia), dan akan berakhir pada 21 Disember 2016, Rabu, 2 pagi.

Anda boleh dapatkan sesi percubaan ini dengan menaip “Call of Duty: Infinite Warfare free trial” di PlayStation Store.

Berikut adalah apa yang anda boleh mainkan sepanjang 5 hari tersebut:

  • 2 mission pertama dalam story campaign
  • Online multiplayer, di mana level maksimum akan diberikan sehingga level 15 sahaja
  • Mode Zombies, di mana level maksimum akan diberikan sehingga level 3 sahaja

Baru-baru ini, video trailer pengenalan Call of Duty: Infinite Warfare turut tersenarai dalam video game trailer paling banyak ditonton di Youtube sepanjang tahun 2016.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 1: Saksikan 6 Minit Gameplay Grenade Crossbow Di Map Terbaru Giant’s Shadow

Sah: For Honor Perlu Sambungan Internet Sepanjang Masa Termasuk Untuk Story