
Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, Clash of Clans (COC) juga tidak mahu ketinggalan membawakan pelbagai kandungan menarik.
Sebagai sebuah studio yang sentiasa mengambil berat terhadap pasaran Asia, Supercell telah melancarkan bermacam kandungan dengan elemen Zodiak “Rabbit” bagi meraikan Pesta Musim Bunga bertemakan Tahun Arnab untuk semua pemain.
Kalau korang masih ingat, dua tahun berturut-turut sebelum ini, pembangun mobile terkemuka yang berpangkalan di Finland itu telah mengeluarkan video promosi Tahun Baharu Cina, iaitu “Chinese New Year’s Market” dan “the Great Wall” – meninggalkan tanggapan yang mendalam kepada para pemain bersama-sama dengan kandungan khusus bertemakan Pesta Musim Bunga dalam game.
Tahun ini nampaknya mereka turut menggunakan gaya promosi yang sama. Berjudul “May the Rabbit Be With You,” video ini memperkenalkan Wizard dan rakannya, Rabbit naik ke pentas untuk mempersembahkan sesuatu seakan wayang kulit, di mana ia mengintegrasikan budaya tradisional Cina seperti Tahun Arnab dan wayang kulit dan bawakan karnival yang menakjubkan.

Walaupun hanya berdurasi 1:31 minit, video tetap membawakan animasi yang mengagumkan serta penuh dengan budaya Cina yang menarik.
Jom layan:
Bermula dari animasi Clash 3D yang familiar, video promosi COC kali ini mempersembahkan Magic Theatre, dilancarkan khas untuk Pesta Musim Bunga Tahun Arnab.
Di atas pentas itu, Wizard mempersembahkan magiknya yang tersohor itu dan memanggil semula rakannya, iaitu seekor arnab. Sama ada dalam peperangan puak atau persembahan, sang arnab itu sentiasa menemani Wizard sejak 10 tahun yang lalu. Oleh itu, ia sudah menjadi kebiasaan untuk sang arnab itu turut terlibat dalam persembahan semasa Pesta Musim Bunga.
Ketika sang arnab itu muncul, ia melompat ke arah tirai pentas dengan gaya animasi bertukar kepada format persembahan wayang kulit, seterusnya memulakan persembahan magik tersebut.
Persembahan wayang kulit yang mengagumkan telah membawa para penonton ke sebuah dunia magikal bersama Wizard dan Rabbit – sehinggakan sesiapa yang sudah terbiasa dengan wayang kulit budaya tradisional Cina akan terus mengenali setiap pemandangan yang disajikan. Bagi yang pertama kali melihatnya, mereka akan terpersona.
Setelah menelusuri pelbagai pengembaraan yang menakjubkan, Wizard dan Rabbit kembali ke pentas, dalam masa sama cahaya dan bayang-bayang kekal di belakang pentas. Ini memberikan petanda bahawa hero yang sebenar, Lunar Queen, akan tiba tidak lama lagi.
Bermula dengan persembahan Pesta Musim Bunga yang dipersembahkan Wizard, video promosi untuk COC ini mencipta suasana Pesta Musim Bunga Cina bertemakan Tahun Arnab bersama arnab dan elemen wayang kulit, dan memperkenalkan skin hero baharu Lunar Queen berserta sebuah kisah lengkap.
Selain gaya animasi 3D yang selalu digunakan, persembahan wayang kulit yang diterima secara umum dalam masyarakat berbudaya Cina telah diterapkan dalam video promosi ini, membawakan video tarikan baharu dan sekali lagi mempamerkan keikhlasan Supercell dan pasukan COC untuk para pemain.
Pemandangan Tahun Arnab, serta skin waktu terhad, akan tiba!
Sejak 2020 lagi, COC telah melancarkan skin edisi terhad semasa perayaan Tahun Baharu Cina. Kalau korang masih ingat, tahun lalu, COC mengintegrasikan skin edisi terhad itu dengan zodiak Cina dan memperkenalkan skin Lunar King (Tiger King) dengan rekaan harimau yang garang bersempena Tahun Harimau. Lunar Queen secara semulajadinya adalah bintang untuk Pesta Musim Bunga Tahun Arnab 2023!
Kini, untuk Tahun Arnab kali ini, bintang utamanya adalah Lunar Queen yang mempunyai rekaan yang lebih comel dan nakal — sama seperti seekor Arnab!
Lunar Queen telah ditambahbaik (finetune) berdasarkan kekuataan kombat Archer Queen.
Magic Theatre yang ada dalam video di atas sebenarnya merupakan pemandangan perkampungan waktu terhad semasa perayaan Tahun Baharu Cina yang ditambah ke dalam game. Melalui warna merah di setiap bangunan serta lantera Cina sebagai sumber pencahayaan, ia akan memberikan suasana yang meriah dalam game. Dan bayang-bayang seekor arnab yang kecil itu memercikkan sifat ingin tahu dan penantian dalam kalangan para penonton terhadap persembahan di atas pentas.
Selain skin hero dan pemandangan perkampungan bertemakan Tahun Baharu Cina itu, Warrior Champion — iaitu ganjaran utama dalam Gold Pass — juga merupakan skin hero yang penuh dengan gaya budaya Cina.
Sama seperti koleksi skin Warrior yang dilancarkan dalam perayaan-perayaan Tahun Baharu Cina sebelum-sebelum ini, skin Warrior Champion kali ini juga semestinya harus dimiliki oleh para pemain yang gemar mengumpulkan skin-skin hero.
Selain itu, Rabbit Lantern yang ada dalam video di atas juga akan dilancarkan ke dalam game dalam bentuk halangan-halangan, serta dekorasi arca dengan elemen Wizard dan Rabbit, patung Magic Show juga akan ditambah.

Kesemua skin hero, pemandangan perkampungan dan dekorasi yang disebut di atas akan dilancarkan dalam game sempena perayaan Tahun Baharu Cina, yang mana para pemain boleh sama ada beli secara terus atau dapatkannya melalui tugasan cabaran.
Oleh itu, kalau korang peminat setia Clash of Clans, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sebagai sebuah game mobile yang sudah menempa nama lebih daripada 10 tahun, Clash of Clans sentiasa mengekalkan tahap populariti yang begitu tinggi di seluruh dunia. Kecemerlangan ini berjaya dicapai dengan dua resipi penting – iaitu gameplay yang mantap dan langkah pembangun yang sentiasa membawakan kandungan baharu secara konsisten.
Tahun Baharu Cina juga merupakan salah satu perayaan yang cukup penting di Malaysia, maka Clash of Clans berhasrat untuk memperkenalkan kandungan baharu untuk sambutan Tahun Baharu Cina dalam game serta mempromosikan kandungan ini kepada para pemain di negara-negara dan rantau lain di seluruh dunia, membawakan lebih banyak ganjaran bermakna bertemakan Tahun Baharu Cina kepada para pemain.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://accounts.binance.com/id/register?ref=OMM3XK51