
Clash of Clans (COC) dan Clash Royale (CR) merupakan antara dua game mobile yang paling popular di dunia.
Dibangunkan oleh pembangun tersohor dari Finland, Supercell mencipta kedua-dua game ini dalam dunia Clash yang sama dan sentiasa membawakan pelbagai kandungan mengujakan kepada para pemain.
Setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina, COC dan CR, yang mana kedua-duanya berdasarkan IP Clash, menyajikan kepada para pemain dengan bermacam event, pek hadiah, kandungan waktu terhad dan hadiah-hadiah Tahun Baharu.
Skin Lunar Queen, yang mana menggabungkan battle stance Archer Queen dan kecomelan seekor arnab, akan menggembirakan ramai pemain ketika Tahun Baharu Cina. Bersama-sama dengan Lunar Queen, pemandangan perkampungan bertemakan Pesta Musim Bunga 2023 juga ditampilkan.
Para pemain yang teliti pastinya akan perasan terhadap pentas yang ada dalam pemandangan perkampungan sepadan dengan pentas yang ada dalam video Tahun Baharu Cina COC baru-baru ini.
Selain dua tarikan utama ini, dekorasi serba baharu Tahun Baharu Cina, patung Magic Show dan halangan Rabbit Lantern, juga ditambah sepanjang Pesta Musim Bunga.
Kandungan waktu terhad “Tahun Arnab” dalam COC tentunya akan membuatkan semua chief teruja!

Di samping Clash of Clans, Clash Royale juga akan memberikan hadiah-hadiah bertemakan Tahun Baharu Cina kepada para pemain.
Skin tower serba baharu, seperti pemandangan perkampungan, termasuk seekor arnab dan tirai teater, mempamerkan kreativiti sama seperti video Tahun Baharu Cina COC.
Tarian singa Barbarian dalam video itu diinspirasikan daripada Battle Banner of Clash Royale, di mana terdapat elemen tarian singa, dan korang akan dapati kedua-dua babak itu sememangnya sama kalau korang perhatikannya dengan teliti.
Tambahan lagi, emote waktu terhad bertemakan Tahun Arnab turut akan dilancarkan semasa Pesta Musim Bunga, yang pastinya akan disukai ramai pemain yang gemar mengumpulkan emote.
Kedua-dua skin hero Tahun Arnab dan pemandangan perkampungan dalam COC dan skin tower dalam CR adalah kejutan-kejutan waktu terhad Tahun Arnab untuk pemain-pemain Clash semasa Pesta Musim Bunga.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan waktu terhad Pesta Musim Bunga ini, log masuk ke dalam seperti karakter-karakter dalam video di bawah dan dapatkan jawapannya!
Dalam babak pembukaan iklan Tahun Baharu Cina ini, kameranya membawa penonton ke dalam sebuah teater kecil yang dihiasi kemas dari pandangan first-person karakter utama.
Kalau korang pemain tegar Clash, tentunya korang akan dapat kenalpasti yang teater ini diinspirasikan daripada pemandangan Pesta Musim Bunga yang dilancarkan dalam COC dan CR.
Sebermulanya persembahan, tirai disingkap, seekor arnab kecil muncul di atas pentas. Kamera dengan perlahannya bergerak ke arahnya, dan video itu masuk ke bahagian animasi dari babak live-action. Arnab peliharaan Wizard, bertukar-tukar antara babak berbeza, akan memulakan persembahannya tersendiri pada Tahun Baharu Arnab.
Beriringan dengan muzik, sang arnab kelihatan aktif di skrin, dan banyak karakter klasik Clash muncul satu per satu. Archer, Barbarian, dan Hog Riders kelihatan bertarung di medan perang, melancarkan “serangan” ke atas sang arnab, tapi semuanya berjaya dielak oleh sang arnab dengan pergerakan yang lincah.
Apabila ia mendarat dengan kemas dan bersedia untuk menghela nafas lega, ia tiba-tiba berada di atas dram P.E.K.K.A. P.E.K.K.A. yang besar itu bertukar menjadi seorang pemain dram, dan sang arnab terloncat-loncat apabila dram itu diketuk-ketuk.
Babak seterusnya, sang arnab tiba ke satu padang yang dipenuhi dengan longgokan kayu, dan rupa-rupanya terdapat sebuah persembahan tarian singa bagi meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina.
Dua barbarian dihiasi dengan kepala singa bercahaya, bergerak ke depan dan belakang, di atas longgokan kayu itu seperti seekor singa. Dan apabila mereka hampir mengambil benda hijau itu, mereka ditewaskan dengan penampilan mengejut seorang sami yang mahir seni beladiri dan memberikan satu tamparan.
Apabila kamera kembali, sebuah lantera besar dengan perlahan terbang tinggi di tengah langit malam, dan karakter utamanya, sang arnab, turut memegang lantera itu dan terbang tinggi ke udara.
Apabila ia dengan bijaknya melompat ke atas lantera itu, percikan bunga menghiasi langit bersama-sama beberapa lantera lain untuk meraikan kedatangan tahun baharu itu. Babak ini memperlihatkan suasana meriah pesta keraian.

Akhirnya, sang arnab melompat dari lantera itu dan kembali ke pentas teater, menandakan persembahan yang mantap itu telah tamat.
Efek animasi 3D berkualti tinggi yang dipaparkan dalam filem pendek ini terus dikekalkan dalam video animasi ini, dan banyak efek cahaya dan bayang-bayang juga diterapkan bagi mempersembahkan plot tersebut.
Pada mulanya, plot di mana banyak karakter Clash “mengejar” sang arnab, serta tarian singa barbarian dan kemunculan sami yang mahir seni beladiri, semuanya dipersembahkan menerusi teknik pencahayaan dan bayangan. Teknik ini serupa dengan wayang kulit (budaya Cina) dalam animasi Tahun Baharu Cina yang dilancarkan oleh COC, di mana ia bukan sahaja menterjemahkan dengan sempurnanya plot itu, malah juga memberikan pengalaman berderia baharu kepada para penonton.

Setelah tamatnya persembahan cahaya sang arnab itu, video itu juga berakhir. Babak itu kembali ke teater, di mana para penonton memberikan tepukan gemuruh kepada persembahan yang menakjubkan itu.
Dalam masa sama, telefon milik karakter utama bergetar dengan satu notifikasi memberitahu bahawa Clash Games sedang melancarkan kandungan terhad semasa Tahun Baharu Cina.

Comments
Loading…