in ,

Civilization VI Pula Kini Diberikan Secara Percuma Sepanjang Minggu Ini Di Epic Games Store

Epic Games Store benar-benar “menabur” segala yang mereka mampu untuk menarik lebih ramai pemain menggunakan platform itu.

Selepas memberikan Grand Theft Auto V pada minggu lalu, sehingga platform itu mengalami gangguan kerana terlalu ramai mengaksesnya, kini sebuah lagi game AAA diberikan secara percuma.

Civilization VI kini merupakan game percuma untuk pemain ambil di Epic Games Store dari sekarang hingga 28 Mei ini. Boleh ambilnya di pautan ini.

Apabila korang mengambilnya dalam tempoh waktu ini, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Civilization VI adalah sebuah game strategi turn-based 4X yang dibangunkan oleh Firaxis Games, dan diterbitkan oleh 2K Games. Ia memfokuskan pemain untuk membina sebuah empayar, membangunkan budaya, dan bersaing dengan pemimpin-pemimpin dunia lain untuk membina sebuah tamadun yang agung.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

The Last of Us 2: Kawasan Eksplorasi Lebih Luas Untuk Diterokai, Kombat Lebih Mendalam

Christopher Nolan Akan Tayangkan Satu Filem Penuhnya Dalam Fortnite Tidak Lama Lagi

Christopher Nolan Akan Tayangkan Satu Filem Penuhnya Dalam Fortnite Tidak Lama Lagi