Android kini telah menyertai sebagai salah sebuah platform yang boleh bermain Civilization VI, bersama-sama dengan PC, PS4, Xbox One, Switch dan iOS.
Versi iOS sudahpun dilancarkan pada Disember 2017, dan setelah lebih daripada 2 tahun, Civilization VI akhirnya boleh dinikmati di satu lagi platform mobile iaitu Android.
Sama seperti versi iOS, para pemain di Android boleh muat-turun Civilization VI secara percuma dan mainkan 60 pusingan. Selepas itu, untuk menyambung, pemain perlu membeli versi penuh game ini yang berharga USD19.99 (~RM83), didatangkan sekali dengan DLC termasuklah Rise & Fall and Gathering Storm serta beberapa pek lain.
Korang boleh muat-turun Civilization VI di Android melalui pautan ini.