in , , ,

Civilization 7 Kini Disahkan Dalam Pembangunan Oleh Firaxis

2K dan Firaxis telah mengesahkan bahawa sebuah game utama baharu dalam francais Sid Meier’s Civilization kini dalam pembangunan.

Secara rasminya, tiada judul rasmi lagi diumumkan untuk game tersebut, tapi ramai hanya memanggilnya sebagai Civilization 7 kerana game sebelumnya adalah Civilization 6.

Menurut GamesRadar, dalam satu kenyataan yang media yang dikeluarkan, Heather Hazen baru sahaja dilantik sebagai ketua studio Firaxis yang baharu, menggantikan Steve Martin. Selain itu, Jake Solomon yang sebelum ini bertugas sebagai pengarah kreatif juga telah meninggalkan syarikat tersebut.

Kedua-dua Martin dan Solomon merupakan veteran di studio itu, telah bersama syarikat tersebut lebih daripada 20 tahun, membangunkan beberapa game strategi terkemuka seperti XCOM, XCOM 2, dan yang terbaharu Marvel’s Midnight Suns.

Buat masa ini tiada sebarang info lanjut mengenai game baharu Civilization ini seperti tiada lagi tarikh pelancaran. Firaxis pada ketika ini akan lebih fokus untuk mengeluarkan DLC untuk Marvel’s Midnight Suns terlebih dulu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Pertama Filem Tetris – Kisah Lari Dari Soviet Union Dan Menjadi Fenomena Global

Review Seminit: Hogwarts Legacy!