2K Games dan Firaxis Games telah mengumumkan tamadun Portugal untuk Civilization 6 sebagai DLC terakhir dalam New Frontier Pass.
Portugal dalam Civilization 6 akan dipimpin oleh Joao III yang memiliki banyak kelebihan yang berkait pengembaraan laut, pelayaran, pelabuhan dan perdagangan. Antara kandungan unik yang dibawakan untuk Portugal ialah abiliti Casa Da Índia, abiliti Porta Do Cerco, kapal Nau, pelabuhan Feitorias, dan bangunan Navigation School.
Korang boleh tonton dua video di bawah untuk mengenali lebih lanjut tentang tamadun Portugal dalam Civilization 6:
Untuk trivia sejarah. Joao III adalah nama lain yang digunakan Civilization 6 untuk sebenarnya mewakili John III — iaitu Raja Portugal selepas Manuel I. Manuel I merupakan Raja Portugal yang mengarahkan ekspedisi Afonso de Albuquerque ke Timur, menawan antaranya Goa dan Melaka.
Sebagai peminat sejarah dan pencinta Empayar Melaka, penulis akan bermain DLC ini kelak dengan bersungguh-sungguh untuk menumbangkan Portugal (walaupun Empayar Melaka tiada dalam Civilization 6).
Selain tamadun Portugal, DLC terakhir ini akan turut membawakan mode baharu iaitu Zombie Defense.
Semua DLC baharu ini akan dilancarkan pada 25 Mac ini.
Comments
Loading…