in ,

Ciri Haptic Feedback Dalam Controller PS5, DualSense Sebenarnya Diinspirasi Daripada Peranti Mobile

Sony telah mendedahkan bahawa ciri haptic feedback yang ditampilkan dalam controller PlayStation 5, DualSense sebenarnya diinspirasikan daripada teknologi yang sudah ada dalam peranti-peranti mobile.

Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Produk Sony Interactive Entertainment, Toshi Aoki dalam satu temubual bersama IGN.

Aoki memberitahu bahawa ia sentiasa menjadi sebahagian daripada perancangan pasukan produk untuk membawa masuk kedua-dua haptic feedback dan adaptive triggers dalam DualSense.

Beliau turut mendedahkan bagaimana mereka melihat fungsi haptic ini digunakan dalam teknologi peranti mobile dan memutuskan untuk mencipta pengalaman mereka sendiri untuk melihat bagaimana mereka boleh tampilkannya ke dalam gameplay.

Ketika membina prototaip ciri ini, pasukan produk Sony telah menggunakan sensor pergerakan dan haptic dengan demo yang menampilkan satu bola besi dan satu bola plastik berguling dalam sebuah kotak, jelas Aoki, sambil menyatakan yang prototaip itu berfungsi dengan baik.

Kemudian, prototaip seterusnya pula dimasukkan ke dalam DualShock 4 (controller PS4) dan menyajikan pengalaman yang sama dengan prototaip pertama.

Apabila mereka mempersembahkan prototaip ini kepada pasukan-pasukan PlayStation Studios, “semua orang yang mencubanya kata mereka ingin ia dimasukkan ke dalam controller seterusnya,” tambah beliau.

Kata Aoki lagi, butang R2 dan L2 merupakan dua butang yang paling banyak digunakan dalam controller-controller PlayStation sebelum ini, dan pasukannya “mahu mencari beberapa cara untuk mengangkat butang-butang ini bagi menambah rasa sentuhan.”

Semasa percubaan awal, pasukannya mencuba demo awal menggunakan adaptive triggers dengan motion controller dalam VR dan sangat kagum dengan hasilnya. “Ia terasa menakbjubkan,” ujar Aoki, “terutamanya kerana kamu dapat lihat diri sendiri menarik picu ketika menggunakan senapang serentak dengan apa yang kamu sedang lakukan dengan tangan kamu.”

Teknologi dalam DualSense ini sememangnya mengagumkan. Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!? untuk Returnal, kami mengatakan “pergerakan motor Dualsense dapat dirasai di tangan anda secara menyeluruh, bahkan rintik hujan juga seperti terkena pada jari jemari anda.”

Dalam review Ratchet and Clank: Rift Apart pula, kami menyatakan “fungsi Haptic Feedback dan Adaptive Trigger daripada controller DualSense yang memberikan satu sensasi baharu kepada gameplay terutamanya ketika menggunakan senjata.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Baharu The Witcher: Nightmare of the Wolf, Bersedia Untuk Tayangan Bulan Ini

Dr Disrespect Tubuhkan Studio Pembangunan Game, Sedang Bikin ‘Battle Royale Yang Vertikal’