in , , , , , ,

Christopher Nolan Akan Tayangkan Satu Filem Penuhnya Dalam Fortnite Tidak Lama Lagi

Membaca tajuk di atas sememangnya sesuatu yang aneh, tetapi itulah yang sebenar-benarnya.

Sekiranya korang terlepas, malam tadi menyaksikan filem akan datang Christopher Nolan, Tenet telah mengeluarkan sebuah trailer terbaharu, dan trailer itu diperlihatkan pertama kali dalam Fortnite. Trailer tersebut dapat ditonton pemain dalam mode/map terbaharu yang diperkenalkan dalam game tersebut, iaitu Party Royale.

Seperti kebanyakan filem lain beliau yang cukup terkenal dengan kelainan, Tenet adalah sebuah filem yang akan mengubah tafsiran kita tentang “masa”. Dalam trailer ini kita dapat melihat bagaimana mereka akan memanipulasi masa untuk mengubah sesuatu peristiwa.

Korang boleh saksikan video di bawah untuk melihat bagaimana trailer ini diperlihatkan dalam Fortnite Party Royale.

Bukan ini sahaja kerjasama antara pembikin filem terkemuka itu dengan game terbitan Epic Games ini. Fortnite akan menayangkan sebuah filem ikonik arahan Nolan secara penuh dalam Party Royale tidak lama lagi. Tarikh tepat dan apakah filem yang akan ditayangkan itu masih belum didedahkan.

Mungkinkah salah satu dari trilogi The Dark Knight, Inception, Interstellar atau Dunkirk?

Pada tayangan itu nanti, bolehlah ajak kawan-kawan, lepak dalam Fortnite sambil layan filem arahan Christopher Nolan.

https://twitter.com/geoffkeighley/status/1263623630379905024?s=20

Fortnite boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, iOS, Android dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Civilization 6 Diumumkan Untuk Konsol PS4 & Xbox One, Dilancarkan Pada November

Civilization VI Pula Kini Diberikan Secara Percuma Sepanjang Minggu Ini Di Epic Games Store

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun Di PC