Game-game battle-royale haram – galakkan “keganasan bersenjata” kononnya. Apa pendapat korang?
Bermula Disember, China telah menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Etika Gaming Online bagi memantau video-video game bermasalah. Kononnya 20 video game yang mempunyai “risiko etika” telah dikenalpasti. 11 developer telah diarahkan untuk mengubah dan membuang “kandungan yang kurang beretika”, dan 9 game akan diharamkan penjualannya!
Baru-baru ini, senarai game dan kandungan yang direviu jawatankuasa tersebut kononnya telah didedahkan di forum gaming China, NGA. Senarai ini kemudiannya dialihbahasa dan dikongsi di Reddit – seterusnya menimbulkan persoalan samada “senarai” ini #BetulKeBohong?
Video Game | Sebab | Tindakan |
---|---|---|
Arena of Valor (Tencent) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Hadiah in-game diberikan mengikut rank. Konsep sejarah dan kebudayaan yang diputarbelit. |
Tindakan pindaan. |
League of Legends (Riot) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Hadiah in-game diberikan mengikut rank. Chatroom tidak harmoni. |
Tindakan pindaan. |
Blade & Soul (NCSOFT) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Chatroom tidak harmoni. |
Tindakan pindaan. |
Chu Liu Xiang (NetEase) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Chatroom tidak harmoni. Misi game melibatkan penipuan. |
Tindakan pindaan. |
Overwatch (Blizzard) | Visual game menggalakkan nilai-nilai tidak betul.
Chatroom tidak harmoni. |
Tindakan pindaan. |
Diablo (Blizzard) | Chatroom tidak harmoni.
Misi game melibatkan penipuan. |
Tindakan pindaan. |
World of Warcraft (Blizzard) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Chatroom tidak harmoni. |
Tindakan pindaan. |
Westward Journey (NetEase) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Chatroom tidak harmoni. Konsep sejarah dan kebudayaan yang diputarbelit. |
Tindakan pindaan. |
Code: Eva (Tencent) | Hadiah in-game diberikan mengikut rank.
Konsep sejarah dan kebudayaan yang diputarbelit. |
Tindakan pindaan. |
The Legent of Mir 3 (WeMade) | Chatroom tidak harmoni. | Tindakan pindaan. |
Swords of Legends Online (Aurogon) | Chatroom tidak harmoni. | Tindakan pindaan. |
PlayerUnknown’s Battleground (Bluehole) | Darah dan keganasan melampau. | Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Fortnite (Epic) | Darah dan keganasan melampau.
Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
H1Z1 (Daybreak) | Darah dan keganasan melampau.
Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Alliance of Valiant Arms (Red Duck) | Darah dan keganasan melampau.
Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Ring of Elysium (Tencent) | Darah dan keganasan melampau.
Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Paladins (Hi-Rez) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Darah dan keganasan melampau. Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Free Fire Battlegrounds (Garena) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Darah dan keganasan melampau. Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Knives Out (NetEase) | Karakter wanita berpakaian mendedahkan.
Darah dan keganasan melampau. Kandungan lucah. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Quantum Matrix (NetEase) | Darah dan keganasan melampau.
Kandungan lucah. Chatroom tidak harmoni. |
Diharamkan / Ditarik Dari Pasaran |
Menurut laman web IT Home, dua video game daripada senarai tersebut telah disahkan. PUBG dipantau kerana “keganasan bersenjata” dan LoL pula dipantau kerana “keganasan berkumpulan”. Walaupun alasan ini berlainan daripada yang tersenarai, ianya membuktikan senarai ini mungkin ada benarnya.
Paling menarik perhatian kitorang adalah bagaimana genre ‘battle-royale’ menjadi tumpuan untuk diharamkan dan ditarik daripada pasaran game di China.
Adakah senarai ini benar? Adakah kita akan melihat gamers dari China yang toksik mulai berkurangan? Adakah ‘China Numba Wan’ menjadi kenangan kita semua aje nanti?
Sama-sama kita nantikan. Kitorang akan update artikel ini sekiranya ada maklumat baru.
Comments
Loading…