in

China Memperkenalkan Larangan Gaming Bawah Umur Lebih Ketat, Boleh Online Hanya Hujung Minggu

Kerajaan China bakal memperkenalkan satu undang-undang yang lebih ketat kepada gamer bawah umur yang ingin bermain game online.

Negara tembok besar itu akan melarang kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun untuk bermain game online pada hari-hari persekolahan. Kemudian, hanya sejam dibernarkan pada hari Jumaat, hujung minggu dan hari-hari cuti umum.

Senang cerita, kalau minggu-minggu biasa, di mana mereka bersekolah pada hari Isnin hingga Jumaat, maka hanya tiga jam dibenarkan bermain game online dalam minggu itu (Jumaat, Sabtu, Ahad — ketika tiada sebarang cuti umum).

Bahkan, pada hari-hari yang dibenarkan itu, waktu bermain juga ditetapkan. Mereka hanya boleh bermain dari jam 8 sehingga 9 malam.

Menurut laporan The Wall Street Journal, peraturan baharu ini dikuatkuasakan kerana ingin membendung yang dikatakanya sebagai ketagihan bermain video game dalam kalangan belia. Menurut kerajaan China lagi, ketagihan ini telah mengakibatkan orang muda lalai daripada tanggungjawab dalam hal sekolah dan kekeluargaan.

Bagaimana kerajaan China akan kuatkuasakan larangan terbaharu ini? Semua game online yang dilancarkan di pasaran negara itu perlu menyambungkan sistem ‘anti-ketagihan’ yang dikawal oleh Pentadbiran Media dan Penerbitan Kebangsaan. Setiap gamer yang ingin bermain game online perlu mendaftar menggunakan nama sebenar dan dokumen-dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Undang-undang ini dilaporkan akan mula dijalankan pada Rabu ini.

Sebelum ini, pada tahun 2019, China meletakkan peraturan di mana golongan bawah umur hanya dibenarkan bermain game online selama 90 minit pada hari persekolahan, serta tiga jam pada hari-hari minggu dan cuti umum.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Berapa Bayaran Diterima Pedro Pascal, Henry Cavill Untuk Siri TV The Last of Us, The Witcher?

Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Kojima Kata Photo Mode Dalam Game Akan Meningkatkan Skil Fotografi Sebenar