Nampaknya China berjaya mengklon peranti elektronik gaming pula! Memperkenalkan konsol Tomahawk F1 dari Fuze Entertainment!

Fuze-01

Menurut laporan Zhugeex, dalam satu majlis pelancaran di Beijing baru-baru ini, Fuze Entertainment memperkenalkan Tomahawk F1. Sekali pandang, korang akan kenal dari mana rekabentuk konsol ini di-cilok ‘diinspirasikan’!

Fuze-Tomahawk-F1

Tomahawk F1 menawarkan controller yang seiras controller Xbox One dan rekabentuk konsol itu sendiri yang juga ‘diinspirasikan’ daripada PlayStation 4! Bukan itu sahaja, jika dilihat kepada home screen Tomahak F1 ini, ianya seiras dengan home screen PlayStation 4!

Fuze-04

Yang menariknya, Tomahawak F1 yang akan didatangkan dalam dua varian (versi Play dan versi Elite) ini akan dibangunkan menggunakan Fuze OS yang berasaskan operating system (OS) Android!

Fuze-05

Berikut adalah spesifikasi teknikal Tomahawk F1 ini:

  • Nvidia Tegra K1 (4 Core A15 @ 2.2GHz
  • Nvidia Keppler @ 852Mhz (325GLOPS)
  • 4GB DDR3 RAM @ 933Mhz
  • Versi Play: 32GB eMMC storage / Versi Elite: 500GB HDD
  • Sokongan Wi-Fi & Bluetooth
  • HDMI, USB 3.0 x 1, Ethernet / Versi Elite: Qi Wireless controller charger
  • Fuze OS (Android) + Open GL 4.4 & Open GL ES 3.1 support
  • Chinese & English game support

Dengan pembangunan Virtual Reality (VR) gaming dari pencabar mereka – Sony dan Microsoft, Fuze turut akan mengeluarkan VR headset mereka sendiri!

Fuze-06

Bagi menarik minat gamers di China, Fuze juga telah bekerjasama dengan pelbagai game developers ternama seperti Koei Tecmo, Codemasters and Comcept (syarikat Keiji Inafune) dalam menghasilkan game-game untuk dimainkan di Tomahawk F1 ini nanti. Terdapat 76 game yang sudah tersenarai bagi Tomahawk F1 ini nanti:

Fuze-07

Fuze-08
Sumber: Zhugeex

Antara title game yang menarik perhatian kitorang adalah

  • Dynasty Warriors 8 with Xtreme Legends
  • Mighty No. 9
  • Red Ash: The Indelible Legend
  • Grid Autosport
  • Hawken
  • ZHeros
  • Teslagrad
  • Ziggurat
  • Anima: Gate of Memories
  • Hyperdymension Neptunia Re:Birth
  • BlazBlue ChronoPhantasm Extended
  • Saints Row 4
  • King of Fighter 97 HD
  • Assassins Creed Chronicles

Korang juga boleh saksikan persembahan game yang dirancang bagi konsol terbaru ini di dalam video di bawah!

Tomahawk F1 ini dijangkakan akan dijual pada harga anggaran RM555 bagi Tomahawk F1 Play, RM925 bagi Tomahawk F1 Elite, RM680 bagi VR headet dan RM122 bagi controller tambahan!

Sony dan Microsoft menerima tamparan hebat apabila konsol mereka di-ban dari dijual di China sejak tahun 2000. Walaubagaimanapun, tindakan ban ini telah dialihkan, dan Fuze berharap untuk mengalahkan pencabar mereka dengan tawaran harga yang murah lagi menarik!

Sehingga kini, masih tiada tarikh jualan diumumkan. Kitorang akan terus mengikuti berita Fuze Tomahawk F1 ini dan akan memaklumkan sekiranya ada sebarang maklumat baru.

1 komen

JomKomen!