in ,

China Ganti PUBG Mobile Dengan Game Yang Lebih “Mesra Pemerintah”, Melambai Bila Pemain Mati

Di sebalik mempunyai 70 juta pemain aktif dalam PUBG Mobile di negara tersebut, ia masih belum cukup untuk mendapat kelulusan daripada pemerintah China.

PUBG Mobile di China kini telah diganti dengan sebuah game yang kebanyakan gameplay dan fungsinya sama, tetapi mempunyai beberapa perbezaan yang lebih “mesra pemerintah” — berjudul Game for Peace. Game ini turut dibangunkan oleh Tencent.

Antara perbezaan yang ada dalam game ini berbanding game asal PUBG Mobile ialah apabila pemain berjaya menghapuskan lawan, akan ada animasi pemberian loot box secara rela dan pemain tersebut akan melambai sebelum hilang dari pandangan.

https://twitter.com/SvendJoscelyne/status/1126069150407962624

Pergantian game ini adalah penamat kepada konflik yang dialami oleh Tencent yang ingin menjana keuntungan daripada game battle royale itu disebabkan undang-undang negara China yang ketat dalam mengeluarkan game-game yang ganas. Walaupun masih mempunyai aksi menembak, tetapi game terbaru ini tidak memiliki aksi-aksi ganas.

Walaupun diumumkan sebagai sebuah game “yang lain”, progress yang dimiliki pemain PUBG Mobile sebelum ini akan dibawa ke dalam Game for Peace.

Korang boleh tonton 25 minit gameplay Game for Peace melalui video di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Kini Dalam Perancangan Untuk Dibawa Ke Platform Mobile, Umum EA

Pesta AMG-chan 2019 Kembali Raikan Animasi, Komik & Game – Jadual Acara Di Dalam Artikel