in , , , , , ,

China Bikin Filem Tentang Kejohanan Game Battle Royale Macam PUBG, Ini Trailer Penuh Aksi

Sebuah filem yang dibikin oleh produksi China ini pastinya akan menarik ramai peminat genre mobile battle royale.

Berjudul ‘Biubiubiu’, ia menceritakan seseorang yang membina sebuah pasukan esports bersama rakan-rakan lamanya, memfokuskan penyertaan dalam kejohanan game battle royale yang sangat mirip dengan PUBG.

Daripada trailer yang korang boleh tonton di bawah, kita dapat lihat bagaimana kejohanan battle royale dianjurkan di pentas yang gah. Kemudian, kita dapat saksikan bagaimana apabila game dimainkan, kita dibawa masuk ke dalam dunia battle royale dengan aksi nyata yang amat menarik.

Menurut penganalisis industri, Daniel Ahmad, PUBG (PC) dan Peacekeeper Elite (mobile) merupakan game yang sangat popular di China, maka tidak mengejutkan kisah seperti ini diangkat ke menjadi sebuah filem.

Dicanang sebagai filem esports battle royale pertama, Biubiubiu akan mula ditayang di platform Youku, hanya untuk pasaran China.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Stok Barangan Gaming Dijangka Terus Berkurangan Sehingga 2023, Kata CEO Intel

Pemain Animal Crossing Reka Semula Kostum Kontinjen Olimpik Malaysia Inspirasi Hang Tuah Dalam Game