in , , ,

Cheat PUBG Ini Mempunyai Keupayaan Untuk Memulihkan Nyawa Pemain Dengan Kadar Segera

Satu cheat yang memang menjengkelkan. 

Penipu-penipu dalam game PlayerUnknown’s Battlegrounds nampaknya lebih berkeyakinan dari hari ke hari. Ia hanya bermula dengan aimbots dan wallhacks yang tipikal, kini mereka memperkembangkannya ke tahap yang lebih tinggi untuk mengganggu pemain lain dalam pelbagai cara.

Speed hacks, yang mana memberikan pemain pergerakan yang lebih laju, telah menjadi isu pada penhujung tahun lepas. Tapi speed hacks juga ada fungsi lain, selain memberikan pergerakan yang pantas, mereka boleh mempercepatkan juga fungsi-fungsi lain yang ada dalam game tersebut seperti pemulihan nyawa pemain dan nyawa ahli pasukan.

Pengguna Reddit bernama MagicIsBull telah berdepan dengan salah seorang daripada penipu itu. Pemain tersebut mampu mengembalikan nyawa (revive) ahli pasukannya dengan kadar segera, tanpa perlu menunggu beberapa saat.

PUBG Corp. menjadikan penghapusan penipu-penipu sebagai keutamaan mereka yang pertama. BattleEye, sebuah perkhidmatan PUBG yang digunakan untuk mengesan penipu telah mengharamkan lebih 1.5 juta pemain. Baru-baru ini, PUBG Corp. juga telah menghalang 100,000 penipu selepas mereka dapat mengenalpasti corak penipuan yang baru.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Ingin Wakili Asia Tenggara Dalam FIFA 18 Di Kejohanan Virtuelle Bundesliga Di Jerman? Inilah Peluang Korang!

Satu Lagi Game Dragon Ball Di PC Diperkenalkan, Dragon Ball Z X Keeperz Bawakan Pertarungan 4v4