Salah satu cara untuk ibu bapa bonding dengan anak-anak yang minat bergaming! Jack Black, pak lawak rockstar ni buat channel gaming dengan anaknya!

Bulan lepas, Jack Black telah mengumumkan Jablinski – channel Youtube yang akan dipenuhi video berkenaan gaming yang akan di-edit oleh anaknya sendiri! Tak sampai seminggu, channel tersebut telah menarik sejuta subscriber!

Terbaru, channel tersebut telah memuatnaik video pertama yang mengikut tema video gaming yang diumumkan – dan ianya berkenaan Pinball Hall of Fame, sebuah muzium yang mengumpulkan mesin-mesin arked pinball, membawa penonton kembali ke zaman gaming retro sebelum gaming melalui zaman audio visual elektronik.

Paling menarik, video tersebut dipenuhi dengan aksi spontan, bersahaja, nyanyian rawak Jack Black – membuatkan video beliau satu bentuk hiburan dalam acuan Jack Black. Unik, aneh tapi menghiburkan.

Korang dah subscribe kepada channel Jack Black? Tunggu apa lagi?

JomKomen!