in , ,

CEO Ubisoft Kata “Hampir Semua” Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5

PlayStation 5 akan menyokong fungsi backward compatibility. Itu sudah pasti. Namun, sejauh dan sebanyak mana senarai game PS4 yang akan boleh dimainkan di PS5 itu belum kita ketahui kerana Sony belum mendedahkan kata rasmi.

Bercakap ketika laporan kewangan terbaru, CEO Ubisoft, Yves Guillemot mengatakan bahawa “hampir semua” game PS4 akan boleh dimainkan di PS5.

“Konsol-konsol itu [PS5 dan Xbox Series X] akan boleh memainkan hampir semua katalog yang ada dalam konsol sebelumnya,” kata Guillemot. “Ia akan membantu generasi-generasi yang lama untuk terus menjadi konsol yang penting di pasaran untuk beberapa tahun akan datang.”

Kenyataan Guillemot ini agak menarik untuk kita kaji kerana apabila beliau mengatakan “generasi-generasi lama (old generations)”, ia merupakan sebutan kata jamak kepada generasi konsol tersebut. Bermakna, ia seolah-olah telah mengesahkan bahawa bukan sahaja PS4, tetapi sekurang-kurangnya lebih daripada satu generasi game akan boleh dimainkan di PS5 seperti PS3, PS2 dan PS1 — sama seperti laporan sebelum ini yang pernah muncul.

Bagi yang tidak tahu, backward compatibility ialah satu fungsi di sistem konsol generasi baharu, yang mana ia membenarkan memainkan disk-disk game (original) dari konsol generasi sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Dan kenyataan beliau ini juga menimbulkan satu lagi persoalan. Apabila beliau berkata “hampir semua” game PS4 boleh dimainkan di PS5: apakah kriteria yang diperlukan untuk sesebuah game itu dibenarkan bermain di konsol generasi seterusnya itu? Tarikh ia pertama kali dilancarkan di PS4? Kemahuan pembangun untuk memasukkan fungsi ini?

Sama-samalah kita nantikan penjelasan lanjut daripada Sony.

PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Sumber: Push Square

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

TM Unifi Nafikan Sekatan Akses Ke Server Ubisoft, Sedang Siasat Kenapa Masalah Ini Timbul

Apabila Quidditch Dari Harry Potter Dan Rocket League Bergabung, Memperkenalkan Broomstick League

Apabila Quidditch Dari Harry Potter Dan Rocket League Bergabung, Memperkenalkan Broomstick League