in

CEO Take-Two Puji FIFA, Tapi Tak Mahu Bincang Tentang Lesen Itu Selepas Berpisah Dengan EA

Peminat game bola sepak tentunya sudah mengetahui bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bekerjasama dengan EA untuk membangunkan francais game bola sepak FIFA.

Bermula tahun hadapan, EA dan FIFA akan membawa haluan masing-masing, di mana kedua-duanya akan terus membangunkan game bola sepak sendiri.

EA tentunya tidak mempunyai banyak masalah dalam hal ini kerana melalui pertukaran nama game bola sepak mereka kepada EA Sports FC, ia seolah-olah hanya pertukaran nama sahaja, manakala banyak lagi lesen lain yang akan membuatkan para pemain terus setia dengan game mereka.

Yang menjadi tanda tanya besar pada ketika ini adalah syarikat dan studio manakah yang FIFA akan tugaskan untuk membangunkan game bola sepak baharu dengan lesen FIFA itu.

Antara syarikat yang kuat disebut-sebut adalah Take-Two Interactive, yang merupakan syarikat induk kepada 2K Games. 2K Games merupakan antara ‘kuasa besar’ dalam dunia game sukan, aktif membangunkan francais sukan seperti NBA 2K, WWE 2K, dan NFL.

Ketika pembentangan laporan kewangan terbaharu syarikat Take-Two, CEO-nya, Strauss Zelnick diajukan soalan oleh IGN mengenai adakah mereka berminat untuk mendapatkan lesen FIFA, ini jawab beliau:

“Kami tentunya berminat dalam mengembangkan peluang-peluang kami dalam sukan, dan FIFA memiliki jenama hebat dan pengaruh besar, tapi kami tiada sebarang perancangan untuk membincangkannya.”

Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada kenyataan Zelnick ini. Jawapan ini tidak memberikan sebarang pernyataan muktamad — boleh jadi Take-Two sudahpun berhubung dengan FIFA di belakang tabit ataupun boleh jadi juga tiada sebarang pertemuan antara dua pihak itu.

Kalau bukan Take-Two dan 2K Games, studio mana pula yang sesuai untuk membangunkan game bola sepak utama untuk FIFA?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk: Edgerunners Akan Diperlihatkan Dalam Netflix Geeked Week 2022, Ini 2 Video Teaser

Roller Champions Dilancarkan 25 Mei, Saksikan Trailer Gameplay, Sinematik Terbaru