in , , , ,

CEO Intel Sekali Lagi Tegaskan Kekurangan Cip Akan Berterusan Sehingga 2023

Pada Julai lalu, CEO Intel, Pat Gelsinger ada menyatakan jangkaannya terhadap kekurangan bekalan barangan gaming di pasaran akan berterusan sehingga tahun 2023.

Kini, beliau sekali lagi menegaskan perkara sama dalam satu temu bual baharu bersama CNBC.

Dalam temu bual tersebut, Gelsinger mendedahkan saham Intel telah jatuh lebih daripada 8% disebabkan kekurangan stok cip semikonduktor, yang mana turut menyebabkan penguncupan bisnes cip PC sebanyak 2% semasa suku tahunan yang berakhir 2 Oktober lalu.

“Kami berada di tahap terburuk ketika ini, setiap suku tahunan pada tahun hadapan akan bertambah baik secara berperingkat, namun ia tidak akan mencapai keseimbangan permintaan-penawaran sehingga 2023,” ujar Gelsinger.

Pada Julai lalu, Gelsinger berkata kekurangan stok cip yang akan mencapai tahap terburuknya dan kemudian akan mula pulih dan terus meningkat pada separuh kedua tahun 2022, manakala isu kekurangan bekalan barangan gaming di pasaran akan berterusan sehingga tahun 2023.

Setahun dua ini, banyak sebenarnya barangan gaming baharu yang dilancarkan. Namun, disebabkan dunia dilanda pandemik global yang cukup memeritkan, kebanyakan gamer tidak dapat menikmati produk-produk terkini itu.

Apabila pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, banyak kilang cip semikonduktor di beberapa negara Asia Timur terpaksa ditutup, menyebabkan produksi barangan gaming, yang banyak menggunakan cip tersebut, terjejas teruk.

Ia memerlukan masa yang agak lama untuk pengelurannya dapat mengatasi kembali permintaan yang begitu tinggi, terutamanya terhadap konsol-konsol generasi terkini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

God of War Versi PC Dibangunkan Jetpack Interactive, Santa Monica Hanya Menyelia

Video Balik Tabir Pembikinan Sifu Akan Buat Korang Nak Mainkannya Sekarang