CEO Intel, Pat Gelsinger sebelum ini pernah menyatakan dalam dua temu bual berbeza bahawa kekurangan bekalan cip semikonduktor akan berterusan hingga tahun 2023.
Terbaharu, beliau sekali lagi memberikan komen mengenai perkara ini, dan kali ini beliau menyatakan pula yang masalah tersebut dijangka akan terus terkesan sehingga tahun 2024.
“Itu salah satu daripada puncanya yang kami yakin keseluruhan kekurangan semikonduktor akan melarat sehingga 2024, daripada jangkaan awal kami pada 2023, hanya disebabkan kekurangan itu sekarang telah memberi kesan kepada perkakasan dan sesetengah tanjakan-tanjakan kilang akan lebih mencabar,” kata Gelsinger dalam satu temu bual bersama CNBC.
Kekurangan cip ini amat dirasai semasa pandemik COVID-19 melanda dunia, lebih-lebih lagi banyak barangan teknologi baharu yang dilancarkan dalam tempoh tersebut, yang mana antara yang menjadi bualan hangat adalah barangan gaming seperti kad grafik, PS5 dan Xbox Series.
Apabila pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, banyak kilang cip semikonduktor di beberapa negara Asia Timur terpaksa ditutup, menyebabkan produksi barangan gaming, yang banyak menggunakan cip tersebut, terjejas teruk.
Ia memerlukan masa yang agak lama untuk pengelurannya dapat mengatasi kembali permintaan yang begitu tinggi.
Comments
Loading…