Tiada alasan lagi untuk nikmati game ini!

Populariti mobile gaming yang semakin membesar kini semakin mendapat banyak perhatian daripada pelbagai pihak. Terbaru, Garena Malaysia telah mengumumkan kerjasama bersama Celcom untuk menarik lebih ramai pemain ke game MOBA mereka, Arena of Valor (AOV).

Kerjasama ini akan menawarkan kepada para pengguna Celcom sebanyak 3GB data percuma setiap bulan untuk bermain AOV. Makna kata, 3GB data percuma setiap bulan ini, tidak mengira sama ada pengguna sedia ada Celcom atau pengguna baru, korang boleh habiskan hanya dengan bermain AOV!

Apa yang korang perlu lakukan untuk mendapatkan data percuma istimewa ini adalah dengan menghantarkan SMS dengan menaip “GET AOV” ke 28882.

Tawaran ini sudahpun bermula pada 13 Julai 2018.

Melalui 3GB data percuma ini korang boleh mainkan lebih daripada 500 perlawanan dalam AOV pada setiap bulan! Wow!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan CEO Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan menyatakan, “industri e-gaming kini sedang menguasai dunia dan Celcom terus komited untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang mengagumkan, malah untuk mobile gamers. Pengguna kami boleh mengharapkan lebih banyak inisiatif seperti ini dalam masa-masa akan datang ini.”

Pengurus Kerjasama Garena Malaysia, Fern Yeap pula berkata, “kunci untuk mengembangkan komuniti mobile gaming adalah kebolehcapaian (accessibility). Kami teruja terhadap persamaan visi Celcom dengan kami, dan kemahuan mereka untuk mengambil langkah positif ke hadapan bersama kami untuk membantu mentransformasikan landskap gaming seluruh negara melalui kerjasama ini.”

Korang boleh muat-turun AOV di App Store dan Google Play Store.

JomKomen!