CD Projekt Red sememangnya mengakui yang mereka melakukan beberapa kesilapan dalam pelancaran Cyberpunk 2077, namun mereka tetap akan mempertahankan diri bersungguh-sungguh untuk menangkis saman yang mereka terima.
Beberapa hari lalu sebuah firma guaman yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap CDPR atas pihak pelabur-pelabur CDPR. Dakwaan yang dikemukan ialah CDPR telah memberikan informasi yang mengelirukan kepada para pelabur dalam permohonan dana untuk membangunkan Cyberpunk 2077.
Terkini, menurut Bloomberg (via GameRant), CDPR yakin yang mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang persekutuan, dan akan mempertahankan diri mereka daripada tindakan undang-undang ini.
Tindakan guaman ini meminta mahkamah untuk mengenalpasti sama ada CDPR sengaja menyembunyikan masalah yang dihadapi Cyberpunk 2077 bagi menipu para pelabur, sehingga membawa kerugian kepada para pelabur.
Ramai meramalkan bahawa tindakan undang-undang ini bakal memihak kepada para pelabur. Antara faktornya ialah melihat bagaimana CDPR hanya memberikan Cyberpunk 2077 versi PC sahaja kepada media untuk melakukan review sebelum pelancaran — tiada langsung versi PS4 atau Xbox One, iaitu dua konsol utama yang mendatangkan masalah.
Comments
Loading…