in , ,

CDPR Memperlihatkan Video The Witcher 3 Dimainkan Di Steam Deck

Walaupun sudah berusia lebih enam tahun, The Witcher 3: Wild Hunt mungkin antara game yang paling kita nantikan untuk dimainkan di Steam Deck yang akan dilancarkan kira-kira dua bulan lagi.

Terbaharu, CD Projekt Red telah memperlihatkan video gameplay game yang telah memenangi banyak anugerah itu dimainkan di Steam Deck. Kita mungkin belum dapat melihat prestasi sebenarnya kerana ia dirakam menggunakan kamera dari luar skrin, namun kita dapatlah sedikit gambarannya.

Ini bukanlah kali pertama kita dapat lihat game RPG itu dimainkan di platform bimbit kerana The Witcher 3 sudahpun boleh dimainkan di Nintendo Switch sejak Oktober 2019.

Baca lebih lanjut tentang Steam Deck di sini.

Steam Deck akan dilancarkan pada Disember 2021 untuk negara-negara Amerika Utara dan Eropah terlebih dulu. Valve mengatakan yang ia akan dipasarkan secara rasmi ke rantau-rantau tambahan pada tahun 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Buang Penggunaan Kad Kredit, Debit, PayPal Di PS3, PS Vita

EA Memfailkan Permohonan Tanda Dagang ‘EA Sports FC’ – Selamat Tinggal ‘FIFA’?