Dalam video permohonan maaf dan penjelasan terhadap Cyberpunk 2077 yang dikeluarkan CD Projekt Red semalam, ada satu isu cukup besar yang tidak disentuh langsung.
Persoalan itu ialah tentang pembuangan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store — dalam kata lain, bilakah para pemain di PS4 dan PS5, yang tidak kisah untuk bermain game yang mempunyai banyak masalah, boleh beli game ini di PlayStation Store?
Hal ini mungkin tidak terjawab dalam video berdurasi 5 minit itu, namun CDPR ada menyebutkan tentang perkara ini dalam soalan lazim (FAQ) yang disediakan berkaitan komitmen mereka untuk memperbaiki dan menambahbaik Cyberpunk 2077.
Soalan yang disediakan ialah bilakah game ini akan kembali ke PlayStation Store, dan jawapannya ialah:
“Kami sedang berusaha untuk penambahbaikan dan kemaskini, dan bekerjasama dengan Sony untuk membawa Cyberpunk 2077 semula ke PlayStation Store secepat mungkin.”
Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan apakah syarat yang ditetapkan oleh Sony untuk membenarkan game tersebut dibawa masuk semula ke gudang jualan mereka.
Comments
Loading…