in , , , ,

CDPR Masih Sasarkan Pelancaran Cyberpunk 2077, The Witcher 3 Versi PS5 Tahun Ini, Tapi Tak Janji

CD Projekt Red masih lagi menyasarkan yang versi konsol generasi terkini untuk Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3: Wild Hunt akan dilancarkan pada tahun 2021, namun mereka tidak dapat memberikan kepastian sepenuhnya.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Bisnes syarikat tersebut, Michał Nowakowski dalam laporan kewangan terbaharu.

Nowakowski menyatakan yang salah satu faktor utama mengapa kemungkinan versi PS5 dan Xbox Series akan ditunda ke tahun hadapan adalah disebabkan “pengajaran yang telah dipelajari” mereka dalam setahun ini.

Pastinya “pengajaran” itu merujuk kepada malapetaka dalam pelancaran Cyberpunk 2077 pada Disember 2020 — sehingga membuat ramai pembeli mendapatkan semula wang (refund) dan game open-world RPG itu telah dibuang dari PlayStation Store.

“Sasarannya adalah untuk melancarkan versi generasi terkini Cyberpunk 2077 hujung tahun ini,” kata Nowakowski. “Dalam masa sama, sentiasa beringat tentang pengajaran yang telah kami dapati semasa setahun lalu dan disebabkan projek ini masih dalam pembangunan, kami tidak dapat nyatakan secara pasti yang jadual produksi takkan berubah.”

Beliau turut memberikan komennya tentang versi generasi terkini untuk The Witcher 3.

“Untuk The Witcher 3, situasinya sedikit berbeza dalam aspek ia diusahakan secara utamanya oleh pasukan luar, iaitu Saber Interactive, syarikat yang kami telah bekerjasama untuk [Nintendo] Switch dan beberapa kemaskini sebelum ini.”

“Sama seperti Cyberpunk 2077, sasaran kita adalah untuk melancarkannya pada hujung 2021, namun sama juga, proses pembangunan masih berjalan, dan kami tidak dapat berikan kepastian sepenuhnya yang jadual pelancaran takkan berubah.”

“Tapi pada ketika ini, kami sememangnya menyasarkan kedua-dua game ini pada hujung 2021 dan saya tidak boleh nyatakan secara spesifik buat masa ini.”

CD Projekt Red turut mendedahkan bahawa sepertiga pekerja mereka sedang mengusahakan Cyberpunk 2077 versi generasi terkini, dalam masa sama menyokong game asal. Baki pekerja lain pula sedang mempersiap expansion pertama game itu, Gwent dan beberapa projek yang belum diumumkan.

Ketika ini, Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3 boleh saja dimainkan di PS5 dan Xbox Series, namun hanya dalam versi generasi lalu (PS4/Xbox One).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Kojima Kata Photo Mode Dalam Game Akan Meningkatkan Skil Fotografi Sebenar

Brendan “PlayerUnknown” Greene Telah Meninggalkan Syarikat PUBG, Krafton