in , , ,

CDPR Kata Cyberpunk 2077 Dah Terjual Sebanyak 13 Juta Unit Walaupun Dilanda Kontroversi

Walaupun dilanda bermacam kontroversi, game terbaharu CD Projekt Red mencatatkan jualan yang agak memberangsangkan.

CDPR telah mendedahkan bahawa sehingga 20 Disember 2020, Cyberpunk 2077 telah dianggarkan terjual sebanyak 13 juta unit merentasi semua platform yang dilancarkan, digital dan disk fizikal.

Angka 13 juta ini juga telah menolak unit-unit yang para pemain telah dikembalikan wangnya semula (refund). Dalam kata lain, sekiranya tiada refund, angka ini sebenarnya mampu mencapai lebih tinggi daripada 13 juta unit.

Sebagai tambahan, Cyberpunk 2077 telah berjaya memperoleh 8 juta unit hanya melalui pra-tempah sebelum pelancaran, lapor penganalisis tersohor, Daniel Ahmad.

Menurut Daniel lagi, pendedahan jualan unit terjual terkini itu dilakukan bagi meredakan kebimbangan yang dibangkitkan oleh para pelabur. Bermakna, ini merupakan langkah CDPR untuk mengatakan kepada para pelabur bahawa di sebalik pelbagai isu yang dihadapi, Cyberpunk 2077 masih lagi mencatatkan jualan yang baik.

13 juta unit terjual pada minggu pertama pelancaran boleh dikatakan sebagai salah satu pelancaran terbesar yang pernah dicatatkan oleh mana-mana game — kata Daniel lagi, setanding dengan pelancaran Red Dead Redemption 2 dan beberapa game Call of Duty yang terlaris.

Sebelum ini, beberapa pelabur CDPR telah mempertimbangkan untuk menyaman studio itu kerana merasakan CDPR telah memberikan butiran yang mengelirukan kepada para pelabur bagi mendapatkan pendanaan kewangan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

KFC Umumkan Konsol Gaming – 4K, 240FPS Dan Ruang Pemanas Ayam (Betul-Betul, Bukan Cobaan)

Sony Sedang Bikin 10 Siri TV/Filem Berdasarkan Game Eksklusif PlayStation