in , , , ,

CDPR Jelaskan Mengapa Mereka Gunakan Pandangan First-Person Dalam CyberPunk 2077

Tenang semua tenang. Kita harus percayakan CD Projekt RED!

Cyberpunk 2077 merupakan sebuah game yang sangat dinantikan kerana ia dibangunkan oleh CD Projekt RED, sebuah syarikat pembangun yang bertakhta di hati ramai gamers. Namun, pada E3 2018, mereka telah mendedahkan yang game ini adalah sebuah game RPG yang menggunakan pandangan first-person.

Ramai yang agak kurang selesa dengan pendekatan terbaru CDPR ini adalah kerana siri game The Witcher, karya agung daripada studio ini menggunakan pandangan third-person. Ramai mungkin yang kurang yakin dengan keupayaan CDPR untuk membawakan kepada kita sebuah game yang baik yang menggunakan pandangan first-person.

Bercakap kepada DualShockers, pereka quest Patrick Mills telah menjelaskan mengapa mereka membuatkan keputusan untuk menggunakan pandangan first-person.

Beliau menjelaskan yang studio tersebut telah melantik para pembangun yang sudah biasa dengan game-game first-person, memandangkan mereka mahu memastikan yang game ini dibikin dengan bagus. Apabila beliau bermain dengan tool pembangunan, sistem menembak “sudah terasa amat baik” dan studio ini akan terus menggilapnya.

Mills merasakan apa yang perspektif first-person ini akan bawakan adalah suatu “risiko yang berbaloi” kerana ia adalah sebuah dunia di mana beliau mahu mendongak ke langit dah melihat bangunan-bangunan pencakar langit, dan pandangan third-person tidak boleh melakukannya.

Pasukan mereka mahu gunplay menampilkan perasaan yang dekat dan mengujakan. Game asal Cyberpunk 2020 mempunyai gunplay dan kombat yang terasa sangat ganas, mengujakan dan “in your face”. First-person akan membenarkan CDPR mendekati apa yang Mike Pondsmith pernah impikan pada suatu ketika dulu.

Jadi, amacam? Melalui penjelasan ini korang akan lebih yakin dengan game ini yang akan menggunakan pandangan first-person?

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, namun tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

JomBaca: Gimik Trailer Cyberpunk 2077: Setelah 5 Tahun Membisu, Akhirnya Peminat Naik Gila!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Naughty Dog Sahkan Yang Ellie Adalah Satu-Satunya Karakter Yang Boleh Dimainkan Dalam The Last of Us Part II

Siri Assassin’s Creed Tidak Kembali Ke Pelancaran Pada Setiap Tahun, Kata CEO Ubisoft