in

CD Projekt Red Terbitkan Buku Resipi Masakan Berdasarkan Dunia The Witcher

CD Projekt Red telah mengumumkan kerjasama dengan Penguin Random House untuk menerbitkan sebuah buku masakan, di mana resipi-resipi yang ada di dalamnya diinspirasikan daripada dunia The Witcher.

Berjudul ‘The Witcher Cookbook’, sebanyak 80 resipi akan tersedia di dalam buku ini, hasil ciptaan Anita Sarna dari Witcher Kitchen dan Karolina Krupecka dari Nerds’ Kitchen.

Buku ini dijadualkan dilancarkan pada 25 Oktober 2022 dengan harga USD35 (~RM147). Sekiranya berminat, korang boleh melakukan pra-tempah di sini.

Walaupun masih belum mendedahkan rekaan akhir muka hadapannya atau sebarang paparan dari dalam bukunya, buku ini dikatakan merupakan sebuah “buku masakan yang difotografikan dengan indah”.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Valorant Versi Konsol Nampaknya Sudah Disahkan Dalam Pembangunan

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Sony Akan Ambil-Alih Lebih Banyak Studio, Kata CEO PlayStation