Presiden dan CEO bersama CD Projekt Red, Adam Kiciński telah ditemubual Reuters untuk bercakap mengenai masa hadapan Cyberpunk 2077.
Kiciński menegaskan bahawa studio berpangkalan di Poland itu tidak akan berputus asa dengan Cyberpunk 2077 dan akan terus bercita-cita agar game open-world futuristik itu berjaya dari segi jualannya dalam jangka masa panjang.
“Saya tidak nampak apa-apa pilihan untuk mengetepikan Cyberpunk 2077,” ujar Kiciński. “Kami yakin yang kami mampu bawa game itu kepada satu tahap yang kami boleh banggakan dan akhirnya terjual dengan jayanya untuk tahun-tahun seterusnya.”
Beliau turut mengesahkan yang mereka ada berhubung dengan Sony bagi membawa semula Cyberpunk 2077 ke dalam PlayStation Store, namun tidak menyatakan apakah perkembangan mengenai perkara itu.
Cyberpunk 2077 telah dilancarkan dengan begitu banyak masalah, sehinggakan ia telah dibuang dari PS Store seminggu selepas pelancaran.
Baru-baru ini, CD Projekt Red ada menyatakan yang keputusan untuk mengembalikan Cyberpunk 2077 ke PlayStation Store terserah sepenuhnya kepada Sony.
Comments
Loading…