in

CD Projekt Red Tak Berminat Untuk Diambil-Alih Oleh Mana-Mana Syarikat Gergasi

Sejak beberapa tahun belakangan ini, industri gaming telah menyaksikan pengambil-alihan yang banyak terhadap beberapa studio kecil oleh syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft, PlayStation, Tencent dan lain-lain.

Antara yang paling mendapat perhatian dan mengejutkan ramai tentunya pengambil-alihan Zenimax Media oleh Microsoft, iaitu syarikat induk kepada Bethesda Softworks, Bethesda Game Studios, id Software, ZeniMax Online Studios, Arkane, MachineGames, Tango Gameworks, Alpha Dog, dan Roundhouse Studios.

Berita-berita ini membuatkan satu lagi studio yang cukup popular, CD Projekt Red sering diajukan soalan sama ada mereka berminat dengan pengambil-alihan oleh syarikat-syarikat yang lebih besar.

Ketika bercakap kepada akhbar dari Poland, Rzeczpospolita, lapor GamingBolt, Presiden CDPR, Adam Kiciński telah menyatakan dengan begitu tegas bahawa mereka tidak berminat dengan sebarang potensi pengambil-alihan.

“Kami dah ulang sebut selama bertahun bahawa kami merancang untuk terus kekal bebas dan tidak merancang untuk menjadi sebahagian daripada entiti yang lebih besar,” ujar Kiciński. “Kami juga tidak mencari sebarang pelabur strategik.”

Sebaliknya, kata Kiciński, CD Projekt pula yang akan terus menilai beberapa kemungkinan untuk mengambil-alih studio-studio lain, sesuatu yang mereka telah lakukan dua kali sebenarnya pada tahun ini: mengambil-alih Digital Scapes dan menukarnya kepada CD Projekt RED Vancouver, serta mengambil-alih The Molasses Flood.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan

Trailer Baru The Witcher Netflix Ingatkan Semula Hubungan Geralt Dan Yennefer

Ruined King: A League Of Legends Story: Boleh Beli or Boleh Blah!?