Selepas bermacam kontroversi yang berlaku semasa pelancaran Cyberpunk 2077, CD Projek Red nampaknya kini sedang dalam dilema memikirkan banyak perkara yang telah dirancang sebelum ini.
Dalam laporan kewangan terbaharu syarikat tersebut, mereka telah mendedahkan yang pembikinan Mutiplayer dalam Cyberpunk 2077 sedang dipertimbang semula.
Menurut Presiden CDPR, Adam Kicinski, pasukannya kini sedang mempertimbangkan semula sama ada ingin fokus kepada Multiplayer atau malah melupakan sahaja hasrat itu sama sekali.
Buat masa ini, fokus utama CDPR adalah untuk memperbaiki dan menambahbaik segala kekacauan dan haru biru yang muncul semasa pelancaran Cyberpunk 2077 pada Disember lalu.
Walau bagaimanapun, Kicinski tetap menyatakan yang mereka mempunyai cita-cita untuk membawakan pengalaman online kepada semua francais mereka satu hari nanti.
Melihat kepada kenyataan mereka yang turut mengumumkan bahawa mereka akan memulakan beberapa pembangunan game AAA secara serentak pada 2022, mungkinkah kita bakal disajikan dengan mode online dalam dunia The Witcher pada masa akan datang?
Comments
Loading…