in , , , , , , ,

CD Projekt Red, Netflix Umum Kerjasama Untuk Bawakan Acara WitcherCon Pada Julai – Janjikan Banyak Kejutan

CD Projekt Red dan Netflix telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk mengumumkan kerjasama yang istimewa berkaitan The Witcher.

Mereka memperkenalkan WitcherCon, sebuah acara global maya bagi meraikan segalanya yang terkait dengan The Witcher. Perayaan ini akan disiarkan secara langsung di channel-channel rasmi kedua-dua CDPR dan Netflix di Youtube dan Twitch.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka menyatakan, “saksikan dunia video game The Witcher dari CD Projekt Red dan siri The Witcher oleh Netflix disatukan bersama dalam satu acara penuh kejutan dan beberapa pandang pertama eksklusif”.

Antara kandungan yang bakal disajikan adalah perkongsian pembikinan game, siri televisyen, filem anime, dan merchandise The Witcher serta rakaman eksklusif di balik tabir. Selain itu, terdapat juga panel-panel interaktif yang menyoroti insan-insan yang menghidupkan The Witcher ke dalam game dan skrin, menampilkan berita terkini dari siri Netflix dan pendedahan yang tidak pernah diumumkan sebelum ini merentasi francais The Witcher.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu dengan jelas menegaskan bahawa tiada sebarang game The Witcher baharu akan diumumkan semasa acara WitcherCon ini.

WitcherCon ini akan berlangsung dalam dua sesi — berikut adalah tarikh dan waktunya (waktu Malaysia):

  • Sesi pertama: 10 Julai 2021, 1 pagi.
  • Sesi kedua: 10 Julai 2021, 9 pagi.

Di bawah pula adalah dua channel Youtube yang akan bersiaran langsung acara ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

18 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Battlefield 2042 Setakat Ini

Control Kini Percuma Di Epic Games Store, Overcooked 2 Pula Minggu Hadapan