in ,

CD Projekt Red, Netflix, Studio Trigger Umum Kerjasama Bikin Anime Dalam Dunia Cyberpunk 2077

Selain memaparkan trailer dan gameplay baharu untuk Cyberpunk 2077, CD Projekt Red telah mengumumkan satu lagi berita yang besar.

Sebuah anime sedang dibikin oleh CD Projekt Red dengan kerjasama Netflix dan Studio Trigger. Digelar Cyberpunk: Edgerunners, anime ini akan menggunakan dunia dari Cyberpunk 2077, game yang sedang dibangunkan CD Projekt Red.

Siri anime original Netflix ini akan mula ditayangkan di platform streaming itu pada 2022. Anime yang akan membawakan 10 episod itu tidak akan mempunyai jalan cerita yang bersambung dari game tersebut, namun ia akan tetap menggunakan latar belakang yang sama.

Siri akan dibikin oleh Studio Trigger, studio dari Jepun yang pernah membawakan Kill la Kill dan Little Witch Academia.

Korang boleh dengarkan pengumuman mereka tentang Cyberpunk: Edgerunners dalam video di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi ‘Braindance’ Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Perjanjian PES Dengan Konami Dilaporkan Menghalang Barcelona Untuk Menyertai Kejohanan FIFA 20

Kerjasama EA Dan LaLiga Dalam Game FIFA Dilanjutkan Lagi 10 Tahun