in , , ,

CD Projekt Red Mohon Maaf Kepada Pemain PS4, Xbox – Sediakan Emel Khas Untuk Refund Cyberpunk 2077

Setelah beberapa hari pelancaran Cyberpunk 2077 dikecam teruk oleh para pemain PS4 dan Xbox One, CD Projekt Red akhirnya tampil ke hadapan untuk meredakan kekusutan.

Dalam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, pihak CDPR pertama sekali telah memohon maaf kepada para pemain PS4 dan Xbox One kerana tidak memperlihatkan gameplay dan grafik sebenar Cyberpunk 2077 di konsol asal itu, sehingga meletakkan harapan terlalu tinggi kepada pemain.

Untuk pengetahuan, sebelum pelancaran, mereka hanya memaparkan video gameplay dari PC, PS4 Pro, PS5, Xbox One X dan Xbox Series X — tiada video dari konsol asal PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Cyberpunk 2077 Paparkan Gameplay Untuk Konsol Buat Kali Pertama

Seterusnya, CDPR menegaskan bahawa mereka akan terus memperbaiki dan menambahbaik game futuristik itu di kedua-dua konsol yang penuh isu itu. Kemaskini kecil akan dikeluarkan terlebih dulu pada minggu hadapan, manakala kemaskini yang lebih besar akan dilancarkan pada Januari dan Februari.

Kali ini, CDPR lebih berhati-hati dalam meletakkan harapan pemain apabila mereka dengan jelas mengatakan bahawa beberapa kemaskini itu nanti tidaklah akan mencantikkan game itu sehingga kelihatan seperti bermain di PC atau konsol generasi terbaharu, tetapi akan kelihatan lebih baik berbanding apa yang disajikan sekarang.

Walau bagaimanapun, CDPR menyatakan sekiranya para pemain yang kecewa ini tidak boleh menunggu kemaskini-kemaskini yang dirancang ini, CDPR mengalu-alukan mereka untuk memohon pemulangan kembali wang (refund).

Untuk pembelian secara digital, kata CDPR, para pemain boleh gunakan sistem refund yang ada di PlayStation Store dan Xbox Store.

Bagi mereka yang membeli disk fizikal, CDPR mengatakan mereka boleh mencuba terlebih dulu untuk meminta refund dari kedai yang mereka beli. Sekiranya tidak berjaya, CDPR telah menyediakan satu emel khas — [email protected] — yang akan membantu para pemain untuk mendapatkan refund.

Pemain boleh menghubungi emel ini dari sekarang hingga 21 Disember 2020 untuk mendapatkan refund.

CDPR menutup kenyataan ini dengan mengingatkan bahawa para pemain PC akan turut mendapat kemaskini yang kerap serta memperbaiki dan menambahbaik game ini.

JomBaca: Ini Perbandingan Grafik Cyberpunk 2077 Pada 2018 Dengan Versi Pelancaran Di PC

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bukan Geng Basikal Bahayakan Orang Lain, Season Ialah Game PS5 Pengembaraan Berbasikal

Sony, Microsoft, Nintendo Keluarkan Kenyataan Bersama Untuk Online Gaming Yang Lebih Selamat