Pada minggu ini, CD Projekt Red telah dinobatkan sebagai syarikat video game Eropah kedua terbesar. Syarikat yang membangunkan siri game The Witcher itu mengekori rapat Ubisoft, syarikat dari Perancis yang menduduki tangga pertama.

Berpangkalan di Warsaw, Poland, nilai pasaran CD Projekt Red meningkat kepada USD8 billion (~RM34 billion) pada minggu ini, melonjak dari USD6.8 billion (~RM29 billion) pada bulan lalu.

Syarikat yang sedang sibuk membangunkan Cyberpunk 2077 itu semakin menghampiri syarikat yang terkenal dengan francais Assassin’s Creed, Ubisoft yang mana pada ketika ini mempunyai nilai pasaran sebanyak USD9.6 billion (~RM40 billion).

Satu produk yang benar-benar meletakkan CD Projekt Red di peta dunia gaming pastinya ialah The Witcher 3: Wild Hunt. Walaupun pertama kali dilancarkan pada tahun 2015 untuk PC, PS4 dan Xbox One; pelancaran ke Switch pula pada Oktober 2019 serta tempias fenomena global siri The Witcher di Netflix, game itu nampaknya masih mengaut keuntungan yang menakjubkan.

Baru-baru, jualan The Witcher 3 dilaporkan telah menaik sebanyak 554%.

Sumber: Gamespot

JomKomen!