Pada Februari lalu, CD Projekt Red telah diletakkan sebagai syarikat gaming Eropah kedua paling bernilai, berada satu anak tangga di belakang Ubisoft.

Terkini, syarikat yang cukup dikenali sebagai pembangun siri The Witcher itu telah memotong syarikat yang tersohor dengan francais Assassin’s Creed itu — sekaligus meletakkan studio yang berpangkalan di Poland itu sebagai syarikat gaming Eropah paling bernilai.

Menurut Video Games Chronicle, CD Projekt Red, yang sedang sibuk untuk melancarkan Cyberpunk 2077 pada September nanti, kini merupakan sebuah syarikat yang bernilai USD8.12 billion (~RM35.43 billion).

Sebagai perbandingan, nilai pasaran Take-Two pada ketika ini ialah sebanyak   USD16.13 billion, Electronic Arts (USD34.34 billion), Nintendo (USD53.73 billion), dan Activision Blizzard (USD56.27 billion). Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini bukan berpangkalan di Eropah.

Syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft, Sony dan Tencent pula mempunyai nilai pasaran yang jauh lebih tinggi, namun syarikat-syarikat ini memiliki bisnes yang lebih banyak, bukan hanya fokus kepada industri gaming.

Pengalaman Habiskan The Witcher 3 Dari Kacamata Seorang Yang Tak Suka Main Game RPG

Kejayaan CD Projekt Red ini hadir pada minggu yang sama kita meraikan ulangtahun ke-5 pelancaran The Witcher 3. Bagi meraikannya, mereka telah mengeluarkan satu trailer baharu dengan muzik tema versi baharu yang cukup mengagumkan.

Satu produk yang benar-benar meletakkan CD Projekt Red di peta dunia gaming pastinya ialah The Witcher 3: Wild Hunt. Walaupun pertama kali dilancarkan pada tahun 2015 untuk PC, PS4 dan Xbox One; pelancaran ke Switch pula pada Oktober 2019 serta tempias fenomena global siri The Witcher di Netflix, game itu nampaknya masih mengaut keuntungan yang menakjubkan.

Awal tahun ini, jualan The Witcher 3 dilaporkan telah menaik sebanyak 554%.

JomKomen!