in , , , ,

CD Projekt Red Keluarkan 2 Trailer Baru Cyberpunk 2077 – Berkenalan Dengan Geng-Geng Night City

Malam tadi, CD Projekt Red telah mengadakan Night City Wire: Episode 3, siri perkongsian kandungan yang bakal disajikan dalam Cyberpunk 2077. Dua buah trailer telah dikeluarkan.

Trailer pertama memperkenalkan para pemain kepada Night City, iaitu bandar utama yang ada dalam Cyberpunk 2077. Berjudul ‘Postcards from Night City’, ia memaparkan pelbagai lapisan masyarakat yang ada dalam game ini, dari sebesar-besar syarikat korporat yang korup, hinggalah kepada rakyat gelandangan yang hidup di jalanan.

Trailer kedua pula memperkenalkan para pemain kepada tujuh buah geng yang akan mewarnai Cyberpunk 2077, iaitu Animals, Tyger Claws, Valentinos, Voodoo Boys, Maelstrom, Mox dan 6th Street. Ciri-ciri setiap geng ini ada dikongsikan secara ringkan dalam trailer ini.

Kedua-dua buah trailer boleh ditonton di bawah:

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 19 November ini untuk PC, PS4, dan Xbox One, serta Stadia pada tahun ini juga. Versi penambahbaikan untuk PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tarikh Pelancaran PES 2021 Season Update Diumumkan, Hanya Berharga RM116

PES 2021 Season Update: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Hogwarts Legacy: Game Aksi RPG Dalam Dunia Harry Potter Era 1800-an

J.K. Rowling Tidak Terlibat Secara Langsung Dengan Pembikinan Hogwarts Legacy