in

CD Projekt Red Janji Bangunkan Beberapa Game AAA Serentak Bermula 2022 – Berita Baik Untuk The Witcher 4?

Walaupun The Witcher 3: Wild Hunt telah ditutup dengan penamat yang cukup baik, kita sentiasa mahukan lebih kandungan The Witcher daripada CD Projekt Red.

Dalam laporan kewangan terbaharu syarikat tersebut, kita mungkin telah diberikan sinar harapan tentang The Witcher 4, lapor VG247.

Syarikat yang berpangkalan di Poland itu telah mengesahkan yang bermula pada tahun 2022, mereka akan membangunkan beberapa game AAA dan expansion secara serentak.

“Kami mahu pastikan yang kami mampu mengerjakan dua jenama global secara serentak, dalam masa sama memastikan kualiti tinggi produk kami,” kata wakil CDPR, Pawel Zawodny.

“Kami mengutamakan kemajuan teknologi dan kami mahu membina pasukan versatil yang mana menggabungkan pelbagai kepakaran dan kecekapan. Pasukan-pasukan ini akan dibantu oleh beberapa kumpulan pakar rentas projek — yang mana mereka ini, disebabkan kepakarannya, dapat menyumbang kepada aspek penting dalam pembangunan.”

“Semua sasaran perubahan ini bertujuan untuk memberikan kemampuan kepada kami untuk mengerjakan beberapa game AAA dan expansion secara serentak, bermula 2022.”

Menurut Michal Nowakowski pula:

“Single-player RPG sentiasa, masih lagi, dan akan menjadi keutamaan kami. Walau bagaimanapun, kami juga merasakan potensi besar terhadap kedua-dua The Witcher dan Cyberpunk, dan kami ingin memperluas capaiannya termasuklah ruang-ruang, media dan jenis kandungan baharu.”

Daripada kenyataan ini, tentunya mereka tidaklah menyatakan secara jelas seperti “ya kami sedang bangunkan game The Witcher baharu dan sekuel Cyberpunk 2077” — tetapi kita dapat lihat bahawa mereka mempunyai perancangan yang begitu besar untuk kedua-dua francais ini.

Lebih menarik, akaun Twitter rasmi CD Projekt ada menaikkan satu gambar yang tertera “Pembangunan serentak AAA akan bermula pada 2022”, sambil menggunakan gambar latar belakang The Witcher dan Cyberpunk 2077. Apakah maknanya?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Lagi Easter Egg Uncharted Ditemui Dalam The Last of Us, Kali Ini Bar Yang Sama

Game Percuma PlayStation Plus April 2021 – Days Gone, X-Morph: Defense, Oddworld: Soulstorm, LEGO Worlds